Kakimuvee
AnimeNetflixStreaming

Netflix Bakal Tayangkan Episod Istimewa ‘One Piece: Heroines’ Julai Ini

Kredit: Netflix

Peminat One Piece bakal disajikan dengan sebuah episod istimewa apabila Netflix mengesahkan tayangan One Piece: Heroines bermula 11 Julai 2026.

One Piece: Heroines merupakan adaptasi daripada novel ringan (light novel) karya Jun Esaka dengan ilustrasi oleh Sua Sayaka. Naskhah ini membawa penonton menyelami kisah-kisah ringkas yang memfokuskan kepada heroin-heroin utama dalam dunia ciptaan Eiichiro Oda.

Siri episod khas ini akan mengetengahkan watak-watak popular seperti Nami, Robin, Perona dan Princess Vivi, dengan episod pertama memberi tumpuan sepenuhnya kepada kisah Nami.

Menurut sinopsis rasmi, Nami kembali ke sebuah kedai kasut selepas berasa tidak puas hati dengan sepasang kasut yang dibelinya kerana menyebabkan kakinya sakit. D

i situ, dia bertemu pereka kasut bernama Lebno yang menawarkan untuk menghasilkan sepasang kasut baharu khas buatnya, dengan syarat Nami bersetuju menjadi model rekaannya. Kasut tersebut kemudian dihasilkan oleh tukang kasut berbakat, Miucha, sekali gus membawa kepada sebuah pertemuan yang tidak dijangka.

Episod istimewa ini diarahkan oleh Haruka Kamatani, manakala Takahi Kojima bertindak sebagai pereka karakter dan pengarah animasi. Skrip pula ditulis oleh Momoa Toyoda.

Sebelum tiba di Netflix pada 11 Julai 2026, One Piece: Heroines akan ditayangkan terlebih dahulu di Jepun menerusi saluran Fuji TV pada 5 Julai 2026. Episod istimewa ini dijangka menjadi hadiah istimewa buat peminat yang ingin melihat sisi berbeza heroin-heroin ikonik dalam dunia One Piece.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Outback: Jung Ho Yeon dan Justin H. Min Sertai Ryu Jun Yeol

Related posts

Byeon Woo Seok Sah Jadi Hero ‘Solo Leveling’, Rain dan Lee Sung Min Masih Dalam Rundingan

Karim Khan

Disney+ Batalkan Wonder Man, Tiada Musim Kedua

Karim Khan

Percy Jackson And The Olympians Musim 3 Tayang November, Teaser Rasmi Didedahkan

Farah

Arnold Schwarzenegger Jadi Santa Claus Dalam The Man with the Bag, Tayang 2 Disember Ini

Karim Khan

Disney+ Akan Terbitkan Siri Live Action Afterlife with Archie

Karim Khan

The Witcher Musim 5 Ditunda, Musim Akhir Kini Dilaporkan Akan Tayang Pada 2027

Karim Khan

Leave a Comment