Kakimuvee
NetflixOfficial TrailerStreaming

Netflix Lancar Trailer Terbaru Filem Perang The Mosquito Bowl

Netflix telah melancarkan trailer rasmi The Mosquito Bowl, sebuah filem perang terbaru arahan Peter Berg yang mengangkat kisah benar sekumpulan anggota tentera Amerika Syarikat yang menyertai perlawanan bola sepak sebelum dihantar ke salah satu pertempuran paling berdarah dalam Perang Dunia Kedua.

Berlatarbelakangkan tahun 1944, filem ini mengikuti sekumpulan anggota Marin Amerika Syarikat yang sedang menjalani persiapan untuk menghadapi tentera Jepun di medan perang Pasifik.

Dalam kalangan mereka terdapat beberapa bekas bintang bola sepak kolej yang terpaksa meninggalkan kerjaya sukan masing-masing demi menyertai peperangan.

Ketika menunggu arahan untuk menyertai pertempuran seterusnya, mereka mengambil peluang untuk mengadakan satu perlawanan bola sepak di Guadalcanal, yang kemudiannya dikenali sebagai Mosquito Bowl.

Perlawanan tersebut melibatkan 65 anggota Marin, namun 15 daripada mereka dilaporkan terkorban dalam Pertempuran Okinawa yang berlaku beberapa bulan kemudian.

The Mosquito Bowl diadaptasi daripada buku bukan fiksyen berjudul The Mosquito Bowl: A Game of Life and Death in World War II karya Buzz Bissinger, penulis yang turut menghasilkan buku Friday Night Lights.

Filem ini juga menyaksikan kerjasama semula antara Bissinger dan Peter Berg selepas pengarah tersebut pernah mengadaptasi Friday Night Lights ke layar perak. Berg turut menulis lakon layar The Mosquito Bowl bersama Mark L. Smith, yang sebelum ini terlibat dalam penulisan The Revenant.

Barisan pelakonnya terdiri daripada Nicholas Galitzine sebagai John McLaughry, Bill Skarsgård sebagai Bob Bauman, Ray Nicholson sebagai Tony Butkovich dan Tom Francis sebagai David Schreiner. Bekas pemain NFL, Pat McAfee, turut membintangi filem ini sebagai seorang jurulatih tentera.

The Mosquito Bowl dijadualkan ditayangkan di pawagam terpilih bermula 30 Oktober 2026 sebelum menemui penonton Netflix pada 25 November 2026.

Sumber: Collider.

Poster The Mosquito Bowl

Related posts

Ada Apa Dengan Cinta? Dan Ada Apa Dengan Cinta? 2 Kini Boleh Ditonton Di Tonton

Karim Khan

Klip Baharu Street Fighter Perlihatkan Pertarungan Sengit Ryu Dan Blanka

Karim Khan

Drama Baharu So Ji Sub Catat Rekod Rating Tertinggi SBS Pada 2026

Karim Khan

Trailer Rasmi Kudrat 1968: High Council Dilancarkan, Episod Finale Bakal Ditayangkan Di Pawagam Pada 29 Oktober Ini

Karim Khan

Grown Ups 3 Telah Memulakan Penggambaran

Karim Khan

Trailer Terbaharu Street Fighter Dedahkan Lebih Banyak Kisah Ryu Dan Ken

Karim Khan

Leave a Comment