Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Jeremy Renner Bergurau Avengers Bakal Kalah Dalam Doomsday Tanpa Hawkeye

Jeremy Renner mengesahkan bahawa beliau tidak akan kembali sebagai Hawkeye dalam Avengers: Doomsday, malah sempat bergurau bahawa pasukan Avengers berkemungkinan tewas kerana wataknya tiada dalam filem tersebut.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Renner menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam filem terbaharu Marvel Studios itu kerana tidak menerima sebarang panggilan untuk kembali melakonkan watak Clint Barton.

“Tidak, tidak. Saya tidak terlibat dalam filem itu. Jadi, Avengers mungkin akan kalah, sekadar mahu beritahu anda. Mereka tidak menghubungi saya, jadi itu salah mereka. Mereka akan kalah,” katanya secara berseloroh.

Renner merupakan antara pelakon asal pasukan Avengers dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), dengan penampilan pertamanya sebagai Hawkeye menerusi Thor (2011), sebelum kembali dalam The Avengers (2012), Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016) dan Avengers: Endgame (2019).

Walaupun tidak terlibat dalam Doomsday, Renner sebelum ini pernah menyatakan kesediaannya untuk kembali ke MCU, sama ada menerusi musim kedua siri Hawkeye ataupun projek Marvel yang lain.

Dalam temu bual bersama Empire pada 2025, beliau menjelaskan bahawa dia masih sayang dengan watak Hawkeye dan gembira sekiranya berpeluang kembali bekerjasama dengan barisan pelakon Marvel.

Renner turut memaklumkan bahawa keadaan fizikalnya semakin pulih selepas mengalami kemalangan serius melibatkan jentera pembersih salji pada Januari 2023. Beliau ketika itu menyatakan keyakinan untuk kembali melakukan aksi lagak ngeri sendiri sekiranya diperlukan.

Dalam perkembangan berkaitan, Renner turut meluahkan keterujaannya terhadap tayangan semula Avengers: Endgame di pawagam menjelang kemunculan Avengers: Doomsday.

Avengers: Doomsday, yang diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Disember 2026.

Sumber: Variety

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

James Gunn Sahkan Siri Animasi Blue Beetle Masih Dalam Pembangunan

Karim Khan

James Gunn Beri Kemas Kini Siri Animasi Blue Beetle, 10 Projek Animasi DC Sedang Dibangunkan

Karim Khan

Marvel Bawa Musuh Paling Ditakuti X-Men Ke MCU Dalam Avengers: Doomsday

Karim Khan

[VIDEO] Russo Brothers Dedah Sebab Jangan ‘Skip’ Avengers: Endgame: Encore

Karim Khan

Gambar Belakang Tabir The Batman: Part II Dedah Batmobile Rosak Dan Sut Baharu Batman

Karim Khan

Avengers: Endgame Kembali Atasi Avatar Sekaligus Menjadi Filem Terlaris Sepanjang Zaman

Karim Khan

Leave a Comment