Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Filem X-Men Dilaporkan Bakal Mulakan Penggambaran Pada Awal 2027

Filem X-Men terbitan Marvel Studios dilaporkan bakal memulakan penggambaran pada awal 2027, sekali gus memberikan perkembangan terkini mengenai pembikinan semula francais mutan tersebut dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menurut laporan Deadline, penggambaran filem arahan Jake Schreier (Thunderbolts*) itu dijangka bermula pada awal tahun hadapan, selepas laporan terdahulu menyebut bahawa projek berkenaan akan memasuki fasa praproduksi pada suku keempat 2026.

Sementara itu, Sonny Lee Sung Jin (Beef) dan Joanna Calo (The Bear) kini sedang mengusahakan draf baharu skrip yang sebelum ini ditulis oleh Michael Lesslie.

Barisan pelakon utama filem ini telah diumumkan semasa acara D23, dengan Sadie Sink bakal kembali membawakan watak Jean Grey selepas kemunculannya dalam Spider-Man: Brand New Day.

Turut menyertai barisan pelakon ialah Inde Navarrette sebagai Rogue, Kit Connor sebagai Cyclops, Christopher Abbott sebagai Professor Charles Xavier, Samara Weaving sebagai Emma Frost, Maya Boyd sebagai Storm dan Adam Driver sebagai Nathan Milbury, atau lebih dikenali sebagai Mr. Sinister.

Selain itu, Asa Germann (Gen V, Scream 7) turut dilaporkan menyertai filem tersebut sebagai Angel.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber industri Daniel Richtman mendakwa Marvel Studios masih mencari beberapa pelakon tambahan untuk mengisi watak sampingan.

Antaranya termasuk seorang watak wanita yang hanya mempunyai peranan kecil dalam filem pertama tetapi dijangka memainkan peranan lebih besar dalam sekuel, selain dua lagi watak sokongan, iaitu seorang lelaki berketurunan Orang Asli Amerika atau Latino dan seorang wanita Asia.

Bagaimanapun, identiti watak-watak tersebut masih belum diketahui dan maklumat berkenaan belum mendapat pengesahan rasmi daripada Marvel Studios.

Sebelum ini, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, pernah menjelaskan bahawa perancangan untuk X-Men bukan sekadar membawa masuk watak popular seperti Wolverine ke dalam MCU.

Sebaliknya, Marvel mahu meneroka dunia mutan secara lebih meluas menerusi sebuah saga yang merangkumi pelbagai watak dan jalan cerita.

Feige turut menyatakan minat untuk memperkenalkan lebih banyak watak mutan yang belum pernah diterokai dalam filem terdahulu, termasuk karakter dari rantau Asia Pasifik, khususnya China.

Filem X-Men arahan Jake Schreier dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 5 Mei 2028,

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Poster Rasmi Avengers: Doomsday Cetus Teori Kemunculan Scarlet Witch

Karim Khan

Chris Evans Beri Bayangan Nasib Steve Rogers Dalam Avengers: Doomsday

Karim Khan

The Amazing Spider-Man 2: Shailene Woodley Dedah Sebab Babak Mary Jane Lakonannya Dipotong

Karim Khan

James Gunn Beri Kemas Kini Siri Animasi Blue Beetle, 10 Projek Animasi DC Sedang Dibangunkan

Karim Khan

Peminat Zack Snyder Desak Pemilik Baharu Warner Bros. Hidupkan Semula SnyderVerse

Karim Khan

Avengers: Doomsday Dikhabarkan Masih Jalani Penggambaran Semula

Karim Khan

Leave a Comment