Kakimuvee
BeritaHorror

Whalefall Raikan Tayangan Perdana Dunia di Hollywood

Filem thriller survival terbaharu terbitan 20th Century Studios dan Imagine Entertainment, Whalefall, telah meraikan tayangan perdana dunianya di El Capitan Theatre, Hollywood, menjelang tayangan di pawagam Malaysia bermula 15 Oktober 2026.

Acara yang berlangsung pada 13 Oktober itu menyaksikan Hollywood Boulevard bertukar wajah dengan hamparan karpet biru, selain menampilkan replika kepala paus sperma gergasi sebagai antara tarikan utama.

Tayangan perdana tersebut turut dihadiri barisan pelakon dan tenaga produksi, termasuk Austin Abrams, Josh Brolin, Elisabeth Shue, John Ortiz, pengarah Brian Duffield serta penulis novel asal, Daniel Kraus.

Diadaptasi daripada novel terkenal karya Daniel Kraus dengan judul yang sama, Whalefall mengisahkan Jay Gardiner (Austin Abrams), seorang pemuda yang menyelam di perairan pantai California untuk mencari mayat bapanya yang telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, usaha tersebut bertukar menjadi perjuangan untuk terus hidup apabila Jay secara tidak sengaja ditelan seekor paus sperma gergasi.

Terperangkap di dalam perut haiwan tersebut dengan bekalan oksigen yang hanya mampu bertahan selama sejam, Jay perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Dalam keadaan yang semakin terdesak, dia mula menyedari bahawa segala pengajaran yang pernah diberikan oleh bapanya mungkin menjadi kunci untuk membantunya keluar daripada situasi tersebut.

Selain menampilkan elemen survival yang mendebarkan, Whalefall turut mengetengahkan hubungan antara seorang anak dengan bapanya, yang dilakonkan oleh Josh Brolin.

Filem ini diarahkan oleh Brian Duffield, yang turut menulis lakon layar bersama Daniel Kraus. Barisan pelakonnya turut dibarisi Jane Levy dan Emily Rudd, manakala Brian Grazer, Jeb Brody serta Allan Mandelbaum terlibat sebagai penerbit.

Whalefall mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 15 Oktober 2026.

LOS ANGELES, CALIFORNIA - OCTOBER 13: Josh Brolin attends the WHALEFALL Los Angeles Premiere at El Capitan Theatre on October 13, 2026 in Los Angeles, California. (Photo by Matt Winkelmeyer/Getty Images for 20th Century Fox)
LOS ANGELES, CALIFORNIA - OCTOBER 13: (L-R) Allan Mandelbaum and Brian Duffield attend the WHALEFALL Los Angeles Premiere at El Capitan Theatre on October 13, 2026 in Los Angeles, California. (Photo by Matt Winkelmeyer/Getty Images for 20th Century Fox)
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Josh Brolin Beri Perkembangan Positif Mengenai Sicario 3

Karim Khan

Naruto: Charles Melton Dalam Rundingan Bawa Watak Kakashi

Karim Khan

Godzilla Minus Zero Jadi Filem Jepun Pertama Dirakam Untuk IMAX

Karim Khan

Evil Dead Burn Tiba Ke Platform Digital Ogos Ini

Karim Khan

Spencer Lackey Bakal Arah Filem Seram Lust Untuk Neon Dan Blumhouse

Karim Khan

Studio Yang Terbitkan ‘Parasite’ Akan Bawa ‘Pengabdi Setan 3: Origin’ Ke Pasaran Global

Karim Khan

Leave a Comment