Kakimuvee
DisneyPlusStreaming

Reboot Siri Popular Glee Disahkan, Bakal Ditayangkan Di Disney+ Dan Hulu

Selepas lebih sedekad menamatkan tayangannya, siri muzikal popular Glee kini disahkan bakal kembali menerusi sebuah reboot yang akan ditayangkan di platform penstriman Disney+ dan Hulu.

Menurut laporan Deadline, kedua-dua platform tersebut telah memberikan lampu hijau untuk menghasilkan reboot Glee, sekali gus merealisasikan perancangan pencipta asalnya, Ryan Murphy, yang sejak beberapa bulan lalu sering membayangkan kemungkinan menghidupkan semula siri berkenaan.

Pada Julai lalu, Murphy pernah menyuarakan hasrat untuk membawa kembali Glee selepas melihat siri tersebut kembali mendapat perhatian dalam kalangan penonton generasi baharu.

Perancangan itu semakin menunjukkan perkembangan apabila Murphy mendedahkan pada September lalu bahawa beliau telah menyiapkan skrip reboot berkenaan bersama dua lagi pencipta asal Glee, Brad Falchuk dan Ian Brennan.

Murphy turut mendedahkan bahawa beliau telah menghubungi kira-kira 10 pelakon asal bagi membincangkan kemungkinan mereka kembali menjayakan projek tersebut. Menurutnya, pelakon-pelakon yang dihubungi memberikan reaksi positif dan menunjukkan minat terhadap idea berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang pengesahan mengenai pelakon yang akan kembali, manakala butiran jalan cerita, jumlah episod dan tarikh tayangan reboot tersebut masih dirahsiakan.

Reboot Glee akan diterbitkan oleh 20th Television, studio yang turut menghasilkan siri asalnya.

Untuk rekod, Glee mula disiarkan menerusi saluran Fox pada 2009 dan bersiaran selama enam musim sebelum menamatkan tayangannya pada 2015. Siri ini mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar di William McKinley High School, Ohio, yang menyertai kelab koir New Directions, sambil berdepan pelbagai konflik persahabatan, percintaan dan kehidupan remaja.

Siri tersebut turut menampilkan barisan pelakon seperti Lea Michele, Matthew Morrison, Jane Lynch, Chris Colfer, Amber Riley, Darren Criss, Dianna Agron, Kevin McHale, Jenna Ushkowitz serta mendiang Cory Monteith dan Naya Rivera.

Sepanjang tayangannya, Glee muncul sebagai salah sebuah siri muzikal televisyen paling popular dan berjaya meraih enam Anugerah Primetime Emmy, selain beberapa kemenangan di Golden Globe Awards.

Walaupun reboot ini sudah mendapat lampu hijau, masih belum diketahui sama ada ia akan meneruskan kisah watak-watak asal atau memperkenalkan jalan cerita dan generasi pelajar baharu.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Apple TV Lancar Teaser Rasmi Siri Cyberpunk Neuromancer

Karim Khan

Cunk On Cinema Bakal Tampilkan Michael Bay Dan Benedict Cumberbatch

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Bakal Jadi Filem MCU Spider-Man Terakhir Di Netflix?

Karim Khan

Concept Art Ahsoka Musim 2 Dedah Perang Galaksi Dan Tentera Supernatural Thrawn

Karim Khan

Siri Anime ‘Terminator Zero’ Dibatalkan Netflix Selepas Satu Musim

Karim Khan

Drama Cinta Dalam Sekam (2026): Sinopsis, Pelakon & Info Tayangan

Karim Khan

Leave a Comment