Kakimuvee
Berita

Keanu Reeves Dalam Rundingan Sertai Remake The Gangster, the Cop, the Devil Arahan James Wan

Keanu Reeves dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membintangi remake filem thriller jenayah Korea Selatan, The Gangster, the Cop, the Devil, yang bakal diarahkan oleh James Wan.

Menurut laporan The Hollywood Reporter (THR), sekiranya rundingan tersebut dimuktamadkan, Reeves akan bergandingan dengan pelakon Korea Selatan, Ma Dong-seok atau Don Lee, yang bakal kembali membawakan wataknya daripada filem asal yang dikeluarkan 2019. Bagaimanapun, watak yang bakal dilakonkan oleh Reeves masih belum didedahkan.

Filem asal arahan Lee Won-tae mengisahkan seorang ketua gangster dan anggota polis yang terpaksa bekerjasama untuk memburu seorang pembunuh bersiri. Walaupun mempunyai matlamat yang sama, kedua-duanya memiliki kepentingan tersendiri sehingga mencetuskan konflik, pengkhianatan dan persaingan sepanjang usaha mereka menjejaki pembunuh tersebut.

The Gangster, the Cop, the Devil diinspirasikan secara longgar daripada beberapa kes pembunuhan bersiri sebenar yang berlaku di Korea Selatan sekitar pertengahan 2000-an. Filem tersebut turut ditayangkan dalam segmen Midnight Screenings di Festival Filem Cannes 2019, selain Festival Filem Antarabangsa Fantasia pada tahun yang sama.

Bagi versi Hollywood ini, Eric Pearson (Thunderbolts*, The Fantastic Four: First Steps) bertanggungjawab menulis skrip terbaharu berdasarkan draf terdahulu yang dihasilkan oleh Shay Hatten dan Brian Helgeland.

Selain mengarahkan filem tersebut, James Wan turut bertindak sebagai penerbit menerusi Atomic Monster bersama Blumhouse. Antara nama lain yang terlibat sebagai penerbit termasuk Michael Clear, Jason Blum, Don Lee, Sylvester Stallone, D. Matt Geller, Chris S. Lee, Jang Won-seok dan Lorenzo di Bonaventura.

Projek ini juga bakal menandakan kemunculan semula James Wan sebagai pengarah filem selepas kali terakhir mengarahkan Aquaman and the Lost Kingdom pada 2023.

Setakat ini, tarikh penggambaran dan tayangan bagi pembikinan semula The Gangster, the Cop, the Devil masih belum diumumkan.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

‘The Odyssey’ Raih AS$264.1 Juta Seluruh Dunia Pada Minggu Pertama Tayangan

Karim Khan

Alan Ritchson Akui Fast Forever Berdepan Cabaran Besar, Kos Produksi Terlalu Tinggi

Karim Khan

Ryan Gosling Sah Jadi Ghost Rider MCU, Shawn Levy Arah Filem Solo

Karim Khan

Wildwood Bakal Jadi Filem Animasi Stop-Motion Terpanjang Pernah Dihasilkan

Farah

Treler I Play Rocky Paparkan Perjuangan Sylvester Stallone Merealisasikan Impian Menjadi Rocky Balboa

Karim Khan

Christopher Nolan akui berminat mengarah filem seram

Karim Khan

Leave a Comment