Kakimuvee
AsianOfficial Trailer

Kokuho, Filem Pemenang Anugerah Dari Jepun Bakal Ditayangkan Di Pawagam Malaysia Julai Ini

Selepas mencipta fenomena di Jepun dan menerima pujian meluas daripada pengkritik, filem Kokuho akhirnya bakal menemui penonton di Malaysia apabila ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai 2026.

Filem arahan pengarah terkenal Lee Sang-il ini merupakan adaptasi daripada novel terlaris dengan judul sama hasil karya Shuichi Yoshida.

Ia menampilkan Ryo Yoshizawa dan Ryusei Yokohama sebagai teraju utama, disokong barisan pelakon hebat seperti Mitsuki Takahata, Shinobu Terajima, Nana Mori, Takahiro Miura, Ai Mikami, Soya Kurokawa, Keitatsu Koshiyama, Masatoshi Nagase, Kyusaku Shimada, Emma Miyazawa, Ganjiro Nakamura, Min Tanaka dan Ken Watanabe.

Berlatarkan dunia Kabuki, seni teater tradisional Jepun yang telah wujud sejak ratusan tahun lalu, Kokuho mengisahkan perjalanan dua pemuda daripada latar belakang berbeza yang dipertemukan oleh minat mendalam terhadap seni persembahan.

Dalam usaha mengejar kesempurnaan di atas pentas, mereka perlu berdepan persaingan sengit, pelbagai pengorbanan dan cabaran demi mencapai kemuncak kejayaan.

Lebih daripada sekadar sebuah filem mengenai persembahan pentas, Kokuho turut mengetengahkan kisah menyentuh hati tentang cita-cita, identiti dan pengorbanan yang perlu dilakukan demi mengabdikan hidup kepada seni.

Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan, Kabuki terkenal dengan tradisinya yang kaya, kostum yang memukau serta gaya persembahan yang unik. Antara elemen paling ikonik dalam seni ini ialah onnagata, iaitu tradisi pelakon lelaki membawakan watak wanita dengan penuh keanggunan, ketelitian dan emosi.

Sejak ditayangkan di Jepun, Kokuho muncul sebagai antara filem paling berjaya pada tahun ini. Ia mendominasi Anugerah Akademi Filem Jepun Ke-49 apabila membawa pulang 10 anugerah, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

Kehebatan solekan dan dandanan rambut yang diinspirasikan daripada seni Kabuki turut menerima pencalonan bagi kategori Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-98, sekali gus memperkenalkan keindahan budaya tradisional Jepun kepada pentas antarabangsa.

Menjelang tayangan di Malaysia, keterujaan peminat terhadap Kokuho terus hangat diperkatakan di media sosial. Ramai meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan filem ini di pawagam dengan pelbagai komen positif, sekali gus membuktikan sambutan yang amat menggalakkan terhadap karya yang dianggap antara filem Jepun terbaik tahun ini.

Diedarkan oleh Primeworks Studios, Kokuho akan ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 23 Julai 2026. Penonton juga berpeluang menyaksikan filem ini lebih awal menerusi peraduan yang akan dianjurkan di platform media sosial rasmi Primeworks Studios.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Doctor X: Mafia in White Lancar Trailer, Tayang Oktober Di Netflix

Farah

Treler ‘Godzilla Minus Zero’ Dilancarkan, Godzilla Kembali Mengganas dan New York Jadi Sasaran Baharu

Karim Khan

Haunted Universities 4 Bakal Hantui Pawagam Malaysia Pada 27 Ogos Ini

Karim Khan

Trailer Avengers: Endgame Encore Bawa Kembali Momen Ikonik

Karim Khan

Insidious: Out Of The Further Bawa Ancaman Baharu Ke Pawagam 20 Ogos Ini

Karim Khan

Cyberpunk: Edgerunners 2 Dedah Trailer Baharu, Night City Kembali Lebih Brutal

Karim Khan

Leave a Comment