Kakimuvee
GamingTrivia

Kenali Barisan Pelakon dan Watak Dalam Filem Street Fighter (2026)

Francais permainan video ikonik Capcom, Street Fighter, kembali ke layar perak menerusi adaptasi aksi nyata terbaharu yang menampilkan barisan pelakon Hollywood, bintang gusti WWE dan atlet seni bela diri terkenal.

Filem terbitan Legendary Entertainment dengan kerjasama Capcom ini diarahkan oleh Kitao Sakurai (Bad Trip) berdasarkan skrip tulisan Dalan Musson (Captain America: Brave New World). Andrew Koji dan Noah Centineo dipilih untuk menghidupkan dua watak utama francais tersebut, Ryu dan Ken Masters.

Bagi peminat yang membesar dengan permainan video Street Fighter, filem ini bakal membawa kembali beberapa watak popular seperti Chun-Li, Guile, Blanka, Akuma dan M. Bison, selain memperkenalkan beberapa watak baharu.

Sinopsis Street Fighter (2026)

Filem ini mengikuti Ryu dan Ken Masters, dua sahabat lama yang kini membawa haluan masing-masing. Mereka kembali dipertemukan apabila Chun-Li merekrut kedua-duanya untuk menyertai kejohanan pertarungan World Warrior Tournament.

Namun, di sebalik kejohanan tersebut, satu konspirasi berbahaya mula terbongkar sehingga memaksa mereka berdepan dengan musuh, konflik silam dan kemungkinan terpaksa bertarung sesama sendiri.

Street Fighterakan ditayangkan di pawagam tempatan pada 15 Oktoberini.

Senarai Pelakon dan Watak Street Fighter (2026)

  • Ryu (Andrew Koji)
  • Ken Masters (Noah Centineo)
  • Chun-Li (Callina Liang)
  • Blanka (Jason Momoa)
  • Akuma (Joe Anoa'i / Roman Reigns)
  • M. Bison (David Dastmalchian)
  • Balrog (Curtis Jackson / 50 Cent)
  • Guile (Cody Rhodes)
  • Vega (Orville Peck)
  • Cammy (Mel Jarnson)
  • Don Sauvage (Eric André)
  • Dhalsim (Vidyut Jammwal)
  • Zangief (Olivier Richters)
  • E. Honda (Hirooki Goto)
  • Juli (Rayna Vallandingham)
  • Dan Hibiki (Andrew Schulz)
  • Joe (Alexander Volkanovski)
  • Marvin (Kyle Mooney)

Kenali Watak-Watak Street Fighter

Ryu (Andrew Koji)

Ryu merupakan seorang ahli seni bela diri yang berdisiplin tinggi dan sentiasa berusaha meningkatkan kekuatan serta kemahiran bertarungnya. Dia dianggap antara watak paling penting dalam francais Street Fighter.

Andrew Koji sebelum ini dikenali menerusi siri Warrior dan filem Bullet Train.

Ken Masters (Noah Centineo)

Ken ialah sahabat lama merangkap pesaing Ryu. Berbeza dengan Ryu yang lebih serius, Ken mempunyai personaliti yang yakin, lantang dan gemar mempamerkan kehebatannya ketika bertarung.

Artikel Berkaitan:  Lionsgate Lancar Uji Bakat Global Untuk Filem Live-Action Naruto, Cari Pelakon Naruto, Sasuke dan Sakura

Noah Centineo terkenal menerusi francais To All the Boys I've Loved Before dan siri Netflix, The Recruit.

Chun-Li (Callina Liang)

Chun-Li merupakan seorang pegawai Interpol yang mahir dalam seni bela diri. Dia terkenal dengan kepantasan serta teknik tendangan yang kuat, selain mempunyai semangat tinggi untuk menegakkan keadilan.

Callina Liang sebelum ini membintangi filem seram Presence arahan Steven Soderbergh.

Blanka (Jason Momoa)

Blanka ialah seorang petarung berkulit hijau dengan penampilan liar dan gaya pertarungan yang agresif. Watak ini antara yang paling mudah dikenali dalam francais Street Fighter.

Jason Momoa terkenal sebagai Aquaman dalam DC Extended Universe, selain membintangi A Minecraft Movie dan Game of Thrones.

Akuma (Roman Reigns)

Akuma merupakan seorang petarung misteri yang sangat digeruni kerana kekuatannya yang luar biasa serta aura gelap yang menyelubungi dirinya.

Watak ini dibawakan oleh Joe Anoa'i, yang lebih dikenali sebagai Roman Reigns, antara bintang popular WWE.

M. Bison (David Dastmalchian)

M. Bison merupakan antagonis utama dalam dunia Street Fighter. Dia bertanggungjawab mengatur kejohanan World Warrior Tournament dan memanipulasi pelbagai peristiwa dari belakang tabir.

David Dastmalchian sebelum ini membintangi Oppenheimer, Dune dan The Suicide Squad.

Balrog (50 Cent)

Balrog ialah seorang peninju yang terkenal dengan kekuatan fizikal serta gaya pertarungan agresif.

Watak ini dilakonkan oleh penyanyi rap Curtis Jackson atau 50 Cent, yang turut mempunyai pengalaman lakonan menerusi siri Power dan filem Get Rich or Die Tryin'.

Guile (Cody Rhodes)

Guile merupakan seorang anggota tentera yang tegas dan berdisiplin. Dia terkenal dengan teknik pertarungan tersendiri serta perjuangannya menegakkan keadilan.

Watak ini dibawakan oleh bintang WWE, Cody Rhodes, yang juga pernah muncul dalam siri Arrow.

Vega (Orville Peck)

Vega ialah seorang petarung bertopeng yang terkenal dengan kepantasan, kelincahan dan penggunaan senjata bercakar ketika bertarung.

Artikel Berkaitan:  Kung Fu Soccer & The End Of Oak Street Jadi Tumpuan 13-14 Ogos Ini

Watak ini dibawakan oleh penyanyi muzik country Orville Peck.

Cammy (Mel Jarnson)

Cammy merupakan seorang petarung wanita yang tangkas, agresif dan mempunyai kemahiran tempur yang tinggi.

Mel Jarnson sebelum ini pernah membintangi adaptasi permainan video lain, Mortal Kombat (2021), sebagai Nitara.

Dhalsim (Vidyut Jammwal)

Dhalsim ialah seorang pengamal yoga yang mempunyai kebolehan luar biasa, termasuk memanjangkan anggota badannya ketika bertarung.

Pelakon India Vidyut Jammwal terkenal menerusi filem aksi Force, Thuppakki dan Khuda Haafiz.

Zangief (Olivier Richters)

Zangief merupakan seorang ahli gusti Rusia bertubuh besar yang terkenal dengan kekuatan fizikal serta teknik kuncian dan bantingan.

Olivier Richters sebelum ini muncul dalam Reacher, Black Widow dan The King's Man.

E. Honda (Hirooki Goto)

E. Honda ialah seorang ahli gusti sumo Jepun yang terkenal dengan kekuatan serta teknik serangan tapak tangan yang pantas.

Watak ini dilakonkan oleh ahli gusti profesional Jepun, Hirooki Goto.

Juli (Rayna Vallandingham)

Juli merupakan seorang petarung wanita yang mahir dan tangkas. Dalam permainan video asal, watak ini mempunyai kaitan dengan organisasi Shadaloo.

Rayna Vallandingham ialah seorang pengamal seni bela diri yang pernah muncul dalam siri Netflix, Cobra Kai.

Dan Hibiki (Andrew Schulz)

Dan Hibiki merupakan watak komedi dalam francais Street Fighter. Dia terkenal dengan keyakinan diri yang terlalu tinggi walaupun kebolehan bertarungnya tidak sehebat yang disangkakan.

Watak ini dibawakan oleh pelawak Andrew Schulz, yang pernah muncul dalam Tires dan The Underdoggs.

Joe (Alexander Volkanovski)

Joe merupakan watak daripada permainan video asal Street Fighter yang pernah dikenali sebagai juara kickboxing sebelum mengalami kejatuhan dalam kerjayanya.

Watak ini dibawakan oleh bekas juara UFC, Alexander Volkanovski.

Artikel Berkaitan:  8 Filem Jenayah, Heist, Aksi Dan Bencana Menarik Untuk Ditonton Di Netflix

Gouken (Ma Dong-seok)

Gouken merupakan seorang mahaguru seni bela diri yang menjadi mentor kepada Ryu dan Ken Masters. Dia mengajar kedua-duanya teknik pertarungan Ansatsuken dan memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka sebagai petarung.

Watak ini dilakonkan oleh pelakon Korea Selatan, Ma Dong-seok, atau lebih dikenali sebagai Don Lee, yang terkenal menerusi Train to Busan, francais The Roundup dan filem Marvel Studios, Eternals.

Dua Watak Baharu

Filem ini turut memperkenalkan dua watak baharu, iaitu Don Sauvage yang dilakonkan oleh Eric André dan Marvin yang dibawakan oleh Kyle Mooney.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

4 Filem Blockbuster Paling Rugi Tahun 2026 Setakat Ini

Farah

5 Filem 2026 Yang Sudah Mengutip Lebih AS$1 Bilion Di Seluruh Dunia

Karim Khan

Trailer Terbaharu Street Fighter Dedahkan Lebih Banyak Kisah Ryu Dan Ken

Karim Khan

10 Filem Blockbuster Hollywood Yang Gagal Di Box Office Pada 2026

Karim Khan

15 Filem Dan Siri Marvel Yang Perlu Ditonton Sebelum Avengers: Doomsday

Karim Khan

Xbox Dilaporkan Rancang Adaptasi Filem Dan Siri Untuk Lebih 12 Permainan Video

Karim Khan

Leave a Comment