Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Joe Russo Beri Bayangan Tentang Trailer Terakhir Avengers: Doomsday

Joe Russo memberi bayangan bahawa trailer terakhir Avengers: Doomsday akan dilancarkan antara sekarang hingga filem itu tiba di pawagam. Pengarah itu memberikan jawapan tersebut ketika ditanya mengenai trailer berkenaan dalam sesi Industry Days di Festival Filem Doha.

“Saya rasa bila-bila masa antara sekarang hingga filem itu ditayangkan. Jadi, teruskanlah refresh feed anda,” kata Russo dalam klip yang dikongsikan Deadline.

Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, Avengers: Doomsday menghimpunkan Avengers, barisan wira Wakanda, New Avengers, Fantastic Four dan X-Men. Wira dari tiga alam semesta itu terpaksa berganding bahu untuk berdepan dengan Doctor Doom, yang mengancam dunia mereka.

Robert Downey Jr. kembali ke Marvel Cinematic Universe sebagai Doctor Doom. Barisan pelakon turut merangkumi Chris Evans, Chris Hemsworth, Anthony Mackie, Florence Pugh, Sebastian Stan, Pedro Pascal, Vanessa Kirby, Tom Hiddleston, Patrick Stewart dan Ian McKellen.

Avengers: Doomsday akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 17 Disember 2026

Related posts

Chloe Bennet Masih Kecewa Agents of SHIELD Tidak Diiktiraf Sebagai Kanon MCU

Karim Khan

Penulis Ghost Rider Mahu Filem Baru MCU Tampil Dengan Elemen Seram R-Rated

Karim Khan

Showrunner Lanterns Beri Bayangan Tentang Hala Tuju Musim Kedua

Karim Khan

Nicolas Cage Anggap Satu Musim Spider-Noir Sudah Cukup Sempurna

Karim Khan

Infinity Gauntlet Dengan Batu Permata Sebenar Bernilai AS$25 Juta Bakal Dilelong Disember Ini

Karim Khan

Avengers: Endgame Kembali Atasi Avatar Sekaligus Menjadi Filem Terlaris Sepanjang Zaman

Karim Khan

Leave a Comment