Kakimuvee
HorrorPrime VideoStreaming

Mike Flanagan Sasar Penggambaran Carrie Musim Kedua Bermula Pada 2027

Mike Flanagan sudah pun menyiapkan skrip episod pertama bagi musim kedua siri seram Carrie, kira-kira sebulan selepas musim pertamanya ditayangkan di Prime Video.

Bercakap kepada The Hollywood Reporter, Flanagan mendedahkan bahawa pembangunan jalan cerita musim kedua sebenarnya telah dimulakan secara tidak rasmi sebelum Prime Video memberikan lampu hijau untuk meneruskan siri tersebut.

“Saya baru sahaja menyerahkan skrip episod pertama pagi tadi. Kami sebenarnya sudah mula mengusahakannya sejak beberapa ketika kerana saya sentiasa berharap siri ini dapat diteruskan dan mahu bersedia sekiranya ia menjadi kenyataan.

“Kami kini sedang membuat persiapan dengan harapan dapat memulakan penggambaran pada tahun hadapan,” katanya.

Flanagan sebelum ini merancang untuk mengembangkan Carrie sebagai sebuah siri yang merangkumi tiga musim. Hala tuju penceritaannya turut dibincangkan bersama Stephen King dan Summer H. Howell, pelakon yang membawakan watak Carrie White.

Berbeza dengan beberapa adaptasi terdahulu novel karya Stephen King itu, Flanagan melakukan perubahan besar terhadap pengakhiran musim pertama dengan membiarkan Carrie terus hidup. Keputusan tersebut membuka ruang kepada penerokaan kisah baharu di luar novel asal, termasuk kemungkinan Carrie bertemu dengan wanita lain yang memiliki kebolehan sepertinya.

Menurut Flanagan, Stephen King sendiri mengetahui perancangan tersebut dan cukup teruja dengan potensi perkembangan watak Carrie dalam musim-musim seterusnya.

“Kami sudah lama membincangkan idea tersebut, tetapi belum berpeluang menerokainya secara menyeluruh sehinggalah musim kedua menjadi kenyataan. Kini kami memberikan sepenuh tumpuan terhadapnya dan pasukan penulis sedang giat mengusahakan jalan ceritanya,” tambah Flanagan.

Carrie merupakan adaptasi terbaharu karya Stephen King oleh Flanagan selepas kejayaannya mengadaptasi Gerald’s Game, Doctor Sleep dan The Life of Chuck.

Meskipun penggambaran musim kedua disasarkan bermula pada 2027, Prime Video masih belum mengumumkan tarikh tayangan rasmi.

Kesemua episod musim pertama Carrie kini boleh distrim menerusi Prime Video di Malaysia.

Sumber: Bloody Disgusting,

Related posts

Trailer A Talent for Murder: Helen Mirren Jadi Patricia Highsmith Dalam Thriller Psikologi

Karim Khan

Love in Disguise: Yim Si Wan & Seorina Bergandingan Dalam K-Drama Romantik Penuh Aksi

Farah

Siri Animasi Diablo Kini Sedang Dibangunkan di Netflix

Karim Khan

Ridley Scott Sahkan Filem Alien Baharu, Michael Fassbender Mungkin Kembali Sebagai David

Farah

The Walking Dead: Daryl Dixon Bakal Tamat Dengan Musim Keempat Pada 2027

Farah

Daredevil: Born Again Akan Tamat Dengan Musim Ketiga

Karim Khan

Leave a Comment