Kakimuvee
DisneyPlusStreamingSuperhero / Live-Action / Comic

Daredevil: Born Again Akan Tamat Dengan Musim Ketiga

Daredevil: Born Again Tamat Dengan Musim Ketiga

Perjalanan Matt Murdock di Disney+ bakal berakhir tidak lama lagi apabila Daredevil: Born Again disahkan akan menamatkan tayangannya menerusi musim ketiga.

Musim terakhir siri lakonan Charlie Cox itu telah selesai menjalani penggambaran beberapa bulan lalu dan kini berada dalam peringkat pascaproduksi. Ia dijangka ditayangkan di Disney+ pada 2027, namun Marvel Studios masih belum menetapkan tarikh tayangan khusus.

Perkembangan itu pertama kali dilaporkan oleh The Hollywood Reporter sebelum turut disahkan Variety.

Dalam masa sama, Dario Scardapane yang terlibat sebagai showrunner Daredevil: Born Again juga tidak lagi bersama siri tersebut selepas kontraknya berakhir. Musim ketiga kini sedang melalui proses akhir pascaproduksi menjelang tayangannya tahun depan.

Berakhirnya Born Again sekali gus menutup satu lagi bab panjang perjalanan Charlie Cox sebagai Matt Murdock yang bermula menerusi siri Daredevil di Netflix pada 2015. Siri asal itu bertahan selama tiga musim sehingga 2018 dan menjadi sebahagian daripada rangkaian siri Marvel Netflix yang turut melahirkan Jessica Jones, Luke Cage, Iron Fist serta siri crossover The Defenders.

Watak Daredevil kemudiannya kembali ke Marvel Cinematic Universe sebelum Disney+ meneruskan kisahnya menerusi Daredevil: Born Again pada 2025. Vincent D'Onofrio turut kembali sebagai Wilson Fisk/Kingpin bersama beberapa wajah daripada siri terdahulu termasuk Deborah Ann Woll sebagai Karen Page, Elden Henson sebagai Foggy Nelson dan Wilson Bethel sebagai Bullseye.

Musim kedua kemudian membawa hubungan dengan era Marvel Netflix lebih jauh apabila Krysten Ritter kembali sebagai Jessica Jones, manakala Mike Colter muncul semula sebagai Luke Cage.

Reunion tersebut nampaknya akan diperluaskan lagi dalam musim terakhir. Gambar daripada lokasi penggambaran Musim 3 sebelum ini memperlihatkan Finn Jones kembali sebagai Danny Rand/Iron Fist bersama Ritter dan Colter, sekali gus menemukan semula beberapa anggota utama The Defenders selepas hampir sedekad.

Bagaimanapun, Marvel masih belum mendedahkan secara rasmi jalan cerita penuh untuk musim terakhir tersebut.

Finale Musim 2 meninggalkan Matt Murdock dalam situasi sukar selepas identitinya sebagai Daredevil diketahui umum dan dia berakhir di penjara. Wilson Fisk pula tidak lagi memegang kedudukannya sebagai Datuk Bandar New York, menyediakan beberapa konflik besar yang masih perlu diselesaikan sebelum siri ini melabuhkan tirai.

Dengan Musim 3 kini menjadi penamat rasmi Daredevil: Born Again, musim tersebut bukan sahaja bakal menentukan pengakhiran konflik antara Daredevil dan Kingpin, malah berpotensi menjadi penutup kepada beberapa jalan cerita yang bermula sejak era Marvel Netflix.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Poster Rasmi Avengers: Doomsday Cetus Teori Kemunculan Scarlet Witch

Karim Khan

The Early Spring Raih No. 2 Netflix Global, Tembusi 22 Pasaran

Farah

Projek Misteri MCU Disney+ Mungkin Melibatkan Champions Atau New Mutants?

Karim Khan

Netflix Lancar Trailer Teaser Siri Seram Below, Josh Hartnett Berdepan Makhluk Laut Misteri

Karim Khan

‘Human Vapor’: Pencipta ‘Train to Busan’ Hasilkan Siri Netflix Tentang Pembunuh Yang Boleh Bertukar Menjadi Asap

Karim Khan

Astro Perluas Kerjasama Dengan Disney+, Lebih Banyak Filem Marvel, Star Wars & Kandungan Tempatan Ditawarkan

Karim Khan

Leave a Comment