
Netflix bakal menutup tirai tahun 2026 dengan beberapa kandungan Korea baharu, antaranya Tantara, sebuah siri drama berlatarbelakangkan industri muzik Korea yang menggandingkan Song Hye-kyo dan Gong Yoo, serta Gift, sebuah drama bertemakan sukan besbol lakonan Kim Woo-bin.
Berikut merupakan senarai drama dan filem Korea yang dijadualkan menemui penonton di Netflix sepanjang Disember 2026.
Gift
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2026
Genre: Drama, Sukan
Jumlah Episod: 12
Durasi: 70 minit setiap episod
Pelakon: Kim Woo-bin, Seo Eun-soo, Seo Hyeon-woo, Lim Su-bin, Yang Hyun-min
Sinopsis: Selepas terlibat dalam sebuah kemalangan, jurulatih besbol profesional Jung Min-yong memperoleh kebolehan luar biasa untuk menilai keupayaan dan potensi seseorang pemain. Dilantik sebagai ketua jurulatih sebuah pasukan besbol sekolah yang menduduki tangga tercorot, Min-yong berusaha mengubah nasib pasukan tersebut meskipun berdepan tentangan daripada para pemainnya.
Episod baharu akan ditayangkan pada setiap Sabtu dan Ahad.
Tantara
Tarikh Tayangan:
- Bahagian 1 – 11 Disember 2026
- Bahagian 2 – 18 Disember 2026
- Bahagian 3 – 25 Disember 2026
Genre: Drama, Romantik
Jumlah Episod: 22
Durasi: 50 minit setiap episod
Pelakon: Song Hye-kyo, Gong Yoo, Kim Seol-hyun, Cha Seung-won, Lee Ha-nee
Sinopsis: Membesar dalam kemiskinan, Min-ja berusaha mengubah nasibnya dengan menceburi industri muzik bersama teman zaman kanak-kanaknya, Dong-gu. Perjalanan mereka membawa kepada pertemuan dengan Min-hui, seorang penyanyi berbakat, dan Seok Gil-yeo, figura berpengaruh dalam industri muzik. Bersama-sama, mereka mengharungi pelbagai cabaran demi merealisasikan impian masing-masing.
Mission: Cross 2

Tarikh Tayangan: Belum diumumkan
Genre: Aksi, Komedi, Thriller
Pengarah: Lee Myung-hoon
Pelakon: Hwang Jung-min, Yum Jung-ah, Jung Man-sik, Cha Rae-hyoung, Lee Ho-chul
Sinopsis: Kehidupan tenang bekas ejen pasukan khas, Kang-mu, kembali terganggu apabila dia diberikan misi untuk mendapatkan semula khazanah negara yang dicuri. Bersama isterinya, Mi-seon, seorang detektif berpengalaman, pasangan tersebut sekali lagi terlibat dalam sebuah misi berbahaya.
Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada suku ketiga tahun 2026. Namun, Netflix masih belum mengumumkan tarikh tayangan baharu bagi sekuel Mission: Cross ini. Filem tersebut berkemungkinan ditayangkan pada Disember, bagaimanapun tiada sebarang pengumuman rasmi dari perkhidmatan streaming tersebut.
Sumber: What's on Netflix
