Kakimuvee
Official TrailerPrime VideoStreaming

Prime Video Lancar Trailer Rasmi Reacher Musim Keempat, Umum Musim Kelima Dan Siri Spin-Off Neagley

Reacher Prime Video

Prime Video mencuri perhatian di pentas Ballroom 20, San Diego Comic-Con (SDCC) apabila memperkenalkan trailer rasmi bagi Reacher Musim Keempat yang dibintangi Alan Ritchson, selain berkongsi teaser pertama untuk siri aksi spin-off yang dinanti-nantikan, Neagley, diterajui Maria Sten.

Dalam sesi panel tersebut, Alan Ritchson turut mengumumkan bahawa Reacher Musim Kelima akan diadaptasi daripada novel ke-20 karya Lee Child berjudul Make Me.

Tidak terhenti di situ, Maria Sten turut membuat kejutan apabila mengesahkan Lee Child bersama penulis Yasmin Angoe bakal menerbitkan novel pertama yang memfokuskan watak Frances Neagley berjudul Zero Margin. Novel tersebut dijadualkan menemui pembaca pada Mac 2027.

Panel SDCC turut menghimpunkan barisan pelakon dan tetamu khas termasuk Alan Ritchson, AGNEZ MO dan Anggun bagi mewakili Reacher, manakala Maria Sten, Greyston Holt serta Jasper Jones hadir bagi mempromosikan siri spin-off Neagley.

Reacher Musim Keempat akan mula distrim di Prime Video pada 12 Ogos 2026 dengan tiga episod pertama. Episod baharu akan disiarkan setiap minggu sehingga episod akhir musim pada 16 September 2026.

Sejurus tamat musim keempat Reacher, kesemua lapan episod Neagley akan dilancarkan serentak pada 16 September 2026, secara eksklusif di Prime Video untuk penonton di lebih 240 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Trailer Rasmi Reacher Musim 4

Official Teaser Neagley

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Netflix Bakal Tampilkan Filem Thriller Thailand ‘The Debt Collector’

Related posts

Priyanka Chopra Tampil Sebagai Mandakini Dalam Pandang Pertama Filem Varanasi

Farah

Treler Pertama ‘Nightborn’ Tampil Seram, Rupert Grint Berdepan Bayi Peminum Darah

Karim Khan

Sayang Sayang Bakal Ditayangkan Di Pawagam Malaysia 5 November Ini

Karim Khan

Klip Baharu Street Fighter Perlihatkan Pertarungan Sengit Ryu Dan Blanka

Karim Khan

New Group, Filem Seram Pelik Dari Pengarah Best Wishes to All Tayang Di Shudder November Ini

Karim Khan

Amazon Dan Sony Mempertimbangkan Empat Siri Spin-Off Spider-Man

Karim Khan

Leave a Comment