Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

[Avengers: Doomsday] Teori Peminat Dakwa Doctor Doom Mungkin Sudah Merampas Kuasa Loki

Adakah Loki bakal menjadi antara mangsa terawal Doctor Doom dalam Avengers: Doomsday? Itu antara teori yang mula mendapat perhatian peminat Marvel susulan pendedahan beberapa babak baharu menerusi bahan promosi filem tersebut.

Teori berkenaan tercetus daripada satu babak yang memperlihatkan Magneto cuba menanggalkan topeng Doctor Doom. Meskipun berjaya memperlihatkan sebahagian wajah Victor Von Doom yang dipenuhi parut, Magneto dilihat berdepan kesukaran apabila Doom menggunakan kuasa magis untuk memastikan topengnya kekal di tempatnya.

Apa yang menariknya, teori tersebut bukan tertumpu pada wajah Doctor Doom, tetapi sebaliknya bentuk dan warna tenaga magis yang digunakan oleh watak lakonan Robert Downey Jr. itu.

Seperti yang dikongsikan oleh ComicBookMovie, untaian tenaga berwarna hijau dengan pancaran kekuningan tersebut mempunyai persamaan dengan kuasa yang digunakan Loki pada penghujung musim kedua siri Loki.

Dalam episod tersebut, Loki mengorbankan kebebasannya dengan mengambil alih tanggungjawab untuk memastikan kelangsungan cabang-cabang garis masa Multiverse. Peranan baharunya itu secara tidak langsung menjadikan Loki antara individu terpenting dalam Multiverse Saga.

Sekiranya matlamat Doctor Doom adalah untuk membentuk semula Multiverse mengikut kehendaknya sendiri, tidak mustahil Loki menjadi antara sasaran utama antagonis tersebut.

Teori ini juga mempunyai kaitan dengan khabar angin terdahulu yang mendakwa Steve Rogers dan Thor bakal mengunjungi Time Variance Authority (TVA), sebelum mendapati organisasi berkenaan telah dimusnahkan oleh Doctor Doom.

Pemilikan kuasa Loki berpotensi menjadi sebahagian daripada rancangan Doom untuk mencetuskan Final Incursion dan seterusnya membentuk Battleworld, sebuah dunia yang menjadi tunjang kepada penceritaan komik Secret Wars.

Dalam komik tersebut, Doctor Doom memperoleh kuasa yang membolehkannya membentuk Battleworld dengan bantuan Molecule Man. Justeru, timbul persoalan sama ada Marvel Studios bakal memberikan peranan yang hampir serupa kepada Loki dalam adaptasi Avengers: Secret Wars.

Bagaimanapun, persamaan visual antara kuasa kedua-dua watak itu belum cukup untuk membuktikan bahawa Doom benar-benar telah merampas kuasa Loki. Ia mungkin sekadar persamaan dalam reka bentuk kesan visual magis yang digunakan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Apa yang pasti, dengan kedudukan Loki sebagai penjaga Multiverse ketika ini, agak sukar untuk membayangkan bagaimana rancangan Doctor Doom untuk menguasai Multiverse dapat direalisasikan tanpa melibatkan watak tersebut.

Avengers: Doomsday arahan Anthony dan Joe Russo bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Disember 2026.

Related posts

“Steve Rogers Sangat Dekat Di Hati Saya” – Chris Evans

Karim Khan

Storm Muncul Dalam Poster D23, Petanda Pelakon X-Men Bakal Diumumkan?

Karim Khan

Disney+ Batalkan Wonder Man, Tiada Musim Kedua

Karim Khan

Chris Evans Beri Bayangan Nasib Steve Rogers Dalam Avengers: Doomsday

Karim Khan

Daredevil: Born Again Akan Tamat Dengan Musim Ketiga

Karim Khan

Charlie Cox Akhirnya Bersuara Mengenai Penamatan Daredevil: Born Again, Percaya Wataknya Masih Mempunyai Tempat Dalam MCU

Karim Khan

Leave a Comment