Kakimuvee
Berita Lokal

Astro Dan SKMM Berganding Bahu Dalam Siri ‘Maara’ Promosi Kesedaran Internet Selamat

Astro dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bakal membawakan mesej mengenai keselamatan internet dan tanggungjawab digital menerusi siri Tamil terbaharu, Maara.

Siri techno-thriller terbitan Vinmeen Exclusive Series (VES) itu akan mula ditayangkan pada 6 Julai, setiap Isnin hingga Khamis, jam 9.30 malam di Astro Vinmeen (Saluran 202), serta boleh distrim menerusi Astro GO, On Demand dan Sooka.

Diarahkan oleh pembikin filem tempatan, Jeyapragash Jeyamurthi (JP), Maara mengisahkan seorang pelajar universiti berusia 19 tahun yang bercita-cita menjadi pempengaruh media sosial demi mengejar populariti dan kestabilan kewangan.

Namun, obsesinya terhadap kemasyhuran mula mendorongnya melanggar batas etika, termasuk mengeksploitasi ahli keluarga dan mendedahkan video peribadi pesaingnya sehingga membawa kepada satu insiden tragis.

Siri ini dibintangi oleh Dishaaleny Jack, Punitah Shanmugam, Thivyah Kia, Sattiya Kandi dan K. Prakash.

Menurut Astro, Maara dihasilkan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja mengenai penggunaan media sosial dan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab, selain mengetengahkan isu privasi, empati dan tingkah laku dalam talian.

Kerjasama bersama SKMM menerusi kempen ‘Internet Selamat’ turut bertujuan mendidik masyarakat, khususnya golongan muda, tentang kesan sebenar tindakan digital dalam kehidupan seharian.

 

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Trailer Rasmi Pemuja Syaitan Dedahkan Misteri Kapsul Masa Di Pulau Terpencil

Related posts

Chelot Kutip RM14 Juta Selepas 14 Hari Tayangan

Karim Khan

Tiket Filem Tempatan Dikecualikan Duti Hiburan Di Wilayah Persekutuan

Karim Khan

Hael Husaini Kembali Dengan ‘Selesa’, Kisah Cinta Yang Terpaksa Dilepaskan Demi Kebahagiaan Insan Tersayang

Farah

FINAS Mahu Industri Filem Tempatan Contohi Pengurusan Produksi Hollywood

Karim Khan

Nas-T Mahu Cabar Diri Dengan Watak Di Luar Genre Aksi

Farah

“Ejen Ali In Concert” Raikan Ulang Tahun Ke-10, Bakal Berlangsung November Ini

Karim Khan

Leave a Comment