Kakimuvee
BeritaNetflixStreaming

Netflix Bakal Tampilkan Filem Thriller Thailand ‘The Debt Collector’

Netflix bakal memperluaskan lagi koleksi kandungan Thailand menerusi filem jenayah thriller terbaharu berjudul The Debt Collector.

Filem ini diarahkan oleh Surapong Ploensang, yang sebelum ini mengarahkan Cracked, manakala penerbitan dikendalikan oleh Nalina Chayasombat, penerbit di sebalik filem seram popular Shutter.

The Debt Collector mengisahkan seorang bekas pengutip hutang haram yang dihantui rasa bersalah selepas dibebaskan dari penjara. Ketika berdepan penyakit yang mengancam nyawanya, dia kembali ke dunia lamanya untuk menuntut keadilan terhadap sindiket pinjaman haram serta menebus kesilapan silamnya.

Filem ini dibintangi oleh Nadech Kugimiya, yang terkenal menerusi drama Thailand seperti Doctor Detective dan The Crown Princess. Turut membintangi filem ini ialah penyanyi dan pelakon Daou Pittaya Saechua serta Tob Chaiwat Thongsang.

Menariknya, The Debt Collector menandakan kemunculan sulung Nadech dalam projek Netflix Original selepas sebelum ini membintangi trilogi filem Death Whisperer.

Setakat ini, Netflix masih belum mengumumkan tarikh tayangan rasmi untuk The Debt Collector, namun filem tersebut dijangka menjadi antara judul Thailand yang dinanti-nantikan oleh peminat genre jenayah dan thriller.

Pandangan pertama The Debt Collector:

Sumber: Whats On Netflix

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Review The Whisper Man: Perlahan, Flat dan Kurang Mendebarkan

Related posts

Scarlett Johansson Jadi Poison Ivy Dalam The Batman: Part II?

Karim Khan

Michelle Yeoh Bakal Terima Bintang ‘Hollywood Walk of Fame’ Rabu Depan

Karim Khan

YOASOBI Bakal Gegarkan Stadium Nasional Singapura Pada Februari 2027

Farah

Spider-Man: Brand New Day Kekal No. 1, Insidious 6 Raih AS$60 Juta Global

Farah

I Am Legend 2: Penulis Beri Kemas Kini, Janji Tiada Lagi Anjing Akan Mati

Karim Khan

‘Supergirl’ Catat Rekod Buruk, Jadi Filem DC Dengan Kutipan Terendah Sejak ‘Catwoman’

Karim Khan

Leave a Comment