Kakimuvee
Berita LokalOfficial Trailer

Astro Shaw Lancar Teaser Trailer Chelot, Filem Aksi Arahan Adrian Teh Bakal Tayang Ogos Ini

Astro Shaw telah melancarkan teaser trailer pertama Chelot, filem aksi terbaharu arahan Adrian Teh yang dijangka menjadi antara naskhah tempatan paling dinantikan tahun ini.

Walaupun hanya berdurasi singkat, teaser tersebut berjaya mencetuskan tanda tanya mengenai identiti watak utama di samping memperlihatkan suasana penuh misteri, aksi mendebarkan dan sinematografi berskala besar.

Chelot sebelum ini mencuri perhatian apabila berjaya mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records menerusi penghasilan babak letupan kereta terbesar dalam sejarah perfileman Malaysia.

Lebih membanggakan, babak tersebut dirakam secara praktikal tanpa menggunakan kesan khas CGI atau helah kamera, sekali gus membuktikan komitmen produksi dalam menghasilkan aksi yang lebih realistik dan autentik.

Filem ini diarahkan oleh Adrian Teh, yang terkenal menerusi filem-filem aksi seperti PASKAL, WIRA dan MALBATT: Misi Bakara.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani, Nadhir Nasar, Alicia Amin dan ramai lagi,

Chelot dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Ogos 2026, dengan ACT 2 Pictures, GSC, Astro Shaw sebagai penerbit dan GSC Movies selaku pengedar rasmi.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Trailer Pertama Jumanji: Open World, Watak Permainan Kini Menyerang Dunia Sebenar

Related posts

Teaser Pertama Siri Carrie Dedah Kisah Baharu Adaptasi Stephen King Oleh Mike Flanagan

Karim Khan

American Horror Story 13 Tampilkan Reunion Watak Ikonik Dalam Trailer Baharu

Karim Khan

Klip Baharu Street Fighter Perlihatkan Pertarungan Sengit Ryu Dan Blanka

Karim Khan

Coyote vs. ACME Akhirnya Tayang Selepas Kontroversi Pembatalan, Trailer Terakhir Cetus Perhatian

Karim Khan

Trailer Akhir Clayface Masih Rahsiakan Rupa Penuhnya

Karim Khan

Filem Jangkar Perkenal Poster Baharu, Angkat Tragedi Berdarah 1972 Ke Layar Perak

Karim Khan

Leave a Comment