Kakimuvee
Berita

Chris Hemsworth Luah Kebimbangan Karier Terjejas Akibat Risiko Alzheimer

Di sebalik susuk tubuh sasa dan watak adiwira ‘Thor’ yang kebal di layar perak, aktor terkenal Chris Hemsworth rupa-rupanya menyimpan kegusaran yang mendalam mengenai masa depan kerjayanya.

Hemsworth secara terbuka mengakui bimbang jika pendedahan mengenai kecenderungan genetiknya terhadap penyakit Alzheimer akan mengubah persepsi peminat serta industri terhadap kredibilitinya sebagai bintang aksi.

Pendedahan berani ini mula tular menerusi siri dokumentari Limitless pada tahun 2022. Dalam episod tersebut, Hemsworth mendapati beliau memiliki dua salinan gen APOE4, yang menurut laporan Variety, dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap Alzheimer.

Penyakit Alzheimer merupakan gangguan neurodegeneratif yang memusnahkan sel otak dan setakat ini masih belum mempunyai penawar. Menurut Cleveland Clinic, penghidapnya akan kehilangan fungsi otak secara beransur-ansur, termasuk daya ingatan dan kemahiran bertutur.

Menerusi satu temubual bersama The Guardian, Hemsworth meluahkan rasa sangsinya selepas berkongsi berita tersebut kepada umum.

“Saya tertanya-tanya adakah saya telah membiarkan orang luar melihat terlalu jauh ke dalam hidup saya? Adakah mereka tidak lagi akan percaya kepada watak bintang aksi atau watak Marvel yang saya bawa? Dan adakah saya benar-benar mahu orang tahu ketakutan serta rasa tidak selamat saya ke tahap ini?” ujar beliau.

Fokus Kepada Keluarga dan Kualiti

Kesedaran ini bukanlah sesuatu yang asing bagi Hemsworth, memandangkan datuk dan bapanya juga bertarung dengan penyakit yang sama. Beliau mengakui kini lebih menghargai “kerapuhan” kehidupan dan memilih untuk memperlahankan rentak kerjayanya.

Malah, diagnosis yang menimpa bapanya menjadi faktor utama beliau kini lebih selektif dalam memilih watak. Baginya, wang ringgit bukan lagi motivasi utama dalam menentukan penglibatan dalam sesebuah projek filem.

Bagaimanapun, peminat tidak perlu bimbang kerana aktor ini tidak akan hilang terus dari radar Hollywood. Hemsworth dilaporkan masih mempunyai beberapa projek besar yang sedang dalam perancangan untuk menemui penonton tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:  Tom Holland 'Tease' Kemunculan Miles Morales Dalam MCU

Sumber: TMZ, Variety, The Guardian, Cleveland Clinic

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Hakim AS Beri Lampu Hijau Kepada Penggabungan Paramount-Warner Bros.

Karim Khan

Trailer Pertama Jumanji: Open World, Watak Permainan Kini Menyerang Dunia Sebenar

Karim Khan

DISNEY+ BAWAKAN RANCANGAN KOMEDI JEPUN BAHARU THE ONE SHOT BERMULA 12 OGOS

Karim Khan

Scarlett Johansson Jadi Poison Ivy Dalam The Batman: Part II?

Karim Khan

Lionsgate Lancar Uji Bakat Global Untuk Filem Live-Action Naruto, Cari Pelakon Naruto, Sasuke dan Sakura

Karim Khan

War Machines Disahkan Sebagai Tajuk Sekuel Filem Netflix Paling Popular 2026

Karim Khan

Leave a Comment