Kakimuvee
NetflixOfficial TrailerStreaming

Facing El Chapo: Filem Jenayah Netflix Mengenai Pertemuan Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki

Facing El Chapo Netflix 2026

Netflix bakal menayangkan filem aksi jenayah Facing El Chapo pada Ogos 2026, sebuah filem berbahasa Sepanyol yang mengisahkan pertemuan dua anggota polis dengan salah seorang penjenayah paling terkenal di dunia.

Filem yang turut dikenali dengan tajuk asal La Captura ini diarahkan oleh Chava Cartas, dengan skrip ditulis oleh Héctor de Mauleón dan Bernardo Esquinca.

Kisah Dua Polis Berdepan El Chapo

Berdasarkan sinopsis rasmi, Facing El Chapo mengisahkan dua anggota polis yang ketika menjalankan pemeriksaan rutin terhadap sebuah kenderaan curi, mereka secara tidak sengaja berdepan dengan salah seorang penjenayah paling berbahaya di dunia.

Filem ini menampilkan kisah yang berlatarbelakangkan operasi memburu Joaquín “El Chapo” Guzmán, bekas ketua kartel dadah Sinaloa yang pernah menjadi antara individu paling dikehendaki pihak berkuasa Mexico dan Amerika Syarikat.

Barisan Pelakon Facing El Chapo

Pelakon Alfonso Herrera memainkan watak Carmona, manakala Noé Hernández membawakan watak Rosales. Filem ini turut menampilkan Juan Pablo Cruz García dalam barisan pelakon utama.

Selain itu, senarai pelakon yang turut terlibat termasuk Paola Fernández, Antonio Fortier, Allan Durell, Fernando Cuautle dan beberapa pelakon Mexico yang lain.

Produksi Dan Tarikh Tayangan

Filem Netflix Facing El Chapo 2026

Facing El Chapo merupakan filem terbitan Mexico yang menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa utama. Lokasi penggambaran yang disenaraikan termasuk Chihuahua, Mexico, dengan syarikat produksi Draco Films.

Menurut maklumat yang disenaraikan di IMDb, Facing El Chapo dijadualkan memasuki platform Netflix pada 21 Ogos 2026.

Filem ini menambah satu lagi karya berkaitan kisah jenayah sebenar melibatkan El Chapo di Netflix.

Sebelum ini, Netflix turut menayangkan siri drama El Chapo yang mengisahkan kebangkitan, penangkapan dan pelarian Joaquín “El Chapo” Guzmán, serta dokumentari The Day I Met El Chapo mengenai pertemuan pelakon Kate del Castillo dengan tokoh tersebut.

Tonton trailer Facing El Chapo dibawah:

Sumber: Netflix, IMDb

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Trailer Avengers: Endgame Encore Cecah 77 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Karim Khan

Trailer Terbaharu Street Fighter Dedahkan Lebih Banyak Kisah Ryu Dan Ken

Karim Khan

Trailer Above the Below Papar Idris Elba Bertarung Nyawa Di Dasar Laut

Karim Khan

Wildwood Bakal Jadi Filem Animasi Stop-Motion Terpanjang Pernah Dihasilkan

Farah

Tonton Trailer Dragon Ball Super: Beerus, Bakal Ditayangkan Oktober Ini

Karim Khan

Klip Terbaharu Mousetrap Dedahkan Misteri Kehilangan Identiti

Farah

Leave a Comment