Kakimuvee
BeritaPrime VideoStreaming

Anggun Jadi Villain Utama Reacher Musim Ke-4, Lihat Gambar Pertama Di Sini

Reacher Prime Video

Peminat siri aksi Reacher tidak perlu menunggu lama apabila musim keempatnya bakal menemui penonton pada 12 Ogos ini di Prime Video.

Menjelang tayangan tersebut, Prime Video telah berkongsi beberapa gambar rasmi baharu yang memberikan gambaran awal tentang misi terbaru Jack Reacher, sekali lagi dibawakan oleh Alan Ritchson.

Musim keempat ini mengadaptasi novel ke-13 karya Lee Child berjudul Gone Tomorrow, yang dianggap antara novel paling mendebarkan dalam siri Jack Reacher.

Reacher Berdepan Konspirasi Berbahaya

Berdasarkan sinopsis rasmi, musim baharu ini bermula apabila Reacher secara tidak sengaja bertemu seorang individu misteri di dalam tren bawah tanah. Namun, pertemuan itu bertukar menjadi tragedi yang membawanya ke dalam satu konspirasi besar melibatkan individu-individu berpengaruh.

Dalam usaha merungkai misteri tersebut, Reacher akan bekerjasama dengan beberapa pegawai penguat kuasa tempatan bagi menyiasat kes berkenaan. Adaptasi Gone Tomorrow juga dijangka mengekalkan pembukaan cerita yang penuh emosi sebelum berkembang menjadi kisah aksi dan thriller yang sarat dengan pelbagai kejutan.

Barisan Watak Baharu Diperkenalkan

Selain Alan Ritchson yang kembali sebagai Jack Reacher, musim keempat turut memperkenalkan beberapa watak baharu yang bakal memainkan peranan penting dalam jalan cerita.

Antara pelakon yang menyertai musim ini ialah Sydelle Noel sebagai Tamara Green, Christopher Rodriguez-Marquette sebagai Jacob Merrick, Kevin Weisman sebagai Russell Plum, Agnez Mo sebagai Lila Hoth dan penyanyi terkenal Indonesia, Anggun, yang membawa watak Amisha Hoth.

Anggun Reacher musim 4

Gambar pertama yang dikongsi Prime Video memperlihatkan Reacher diacukan pistol ketika berada di dalam tren bawah tanah, sekali gus memberi petunjuk kepada insiden yang mencetuskan keseluruhan konflik musim ini.

Turut dipaparkan ialah beberapa imej memperlihatkan Reacher bekerjasama dengan pegawai polis Tamara Green dan Jacob Merrick dalam siasatan mereka, selain kemunculan dua watak misteri, Lila dan Amisha Hoth, yang dipercayai menjadi antagonis utama musim ini.

Menariknya, watak Jacob Merrick pada asalnya dijadualkan dilakonkan oleh Jay Baruchel. Namun, pelakon itu menarik diri daripada projek berkenaan atas sebab peribadi sebelum digantikan oleh Christopher Rodriguez-Marquette.

Musim Kelima Sudah Pun Dalam Pembikinan

Walaupun musim keempat masih belum ditayangkan, Prime Video nyata yakin dengan kejayaan francais ini apabila telah memperbaharui Reacher untuk musim kelima lebih awal.

Alan Ritchson sendiri sebelum ini mengesahkan bahawa penggambaran musim kelima telah pun bermula. Pelakon itu turut menyatakan komitmennya untuk terus membawa watak Jack Reacher dalam tempoh yang panjang selagi siri tersebut mendapat sambutan daripada penonton.

Sejak ditayangkan pada tahun 2022, Reacher kekal sebagai antara siri original Prime Video paling popular, dengan setiap musim menerima pujian kerana aksi yang mantap, adaptasi yang setia kepada novel Lee Child serta lakonan meyakinkan Alan Ritchson sebagai bekas anggota tentera yang sentiasa berdepan misi berbahaya.

Musim keempat Reacher akan mula distrim secara eksklusif di Prime Video bermula 12 Ogos 2026.

Sumber: Movieweb

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

4 Drama Korea Wajib Tonton Di Netflix Sepanjang Ogos 2026

Karim Khan

Between Steps, Drama Korea Baharu Choo Youngwoo Dan Kim Sohyun Tayang Oktober Ini Di Disney+

Karim Khan

Nasib Johnny Depp dalam ‘Pirates of the Caribbean 6’ Bergantung pada Prestasi Filem Terbarunya?

Karim Khan

Siri Animasi Diablo Kini Sedang Dibangunkan di Netflix

Karim Khan

Tom Cruise Tetap Bangga Dengan Digger Walaupun Kutipan Box Office Mengecewakan

Karim Khan

Tangled Live-Action Tampilkan Pandangan Pertama Rapunzel, Flynn Rider Dan Mother Gothel

Farah

Leave a Comment