Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Filem Seram DC Swamp Thing Masih Diteruskan, Peter Safran Sahkan Skrip Sedang Ditulis

Selepas sekian lama tanpa sebarang perkembangan, DC Studios akhirnya mengesahkan bahawa filem Swamp Thing arahan James Mangold masih dalam pembangunan, sekali gus menepis spekulasi bahawa projek tersebut telah dibatalkan.

Pengesahan itu dibuat oleh ketua bersama DC Studios, Peter Safran, ketika menghadiri tayangan perdana filem Clayface. Menurutnya, proses penulisan skrip Swamp Thing kini sedang berjalan, namun produksi masih perlu mengambil kira jadual pengarahnya, James Mangold.

"Kami masih mengusahakannya. Skrip sedang ditulis ketika ini dan kami sangat teruja dengan projek tersebut. Semua perkara ini mengambil masa, terutamanya apabila pengarah sudah terlibat dan kami perlu menunggu kelapangan jadualnya," jelas Safran kepada Deadline.

Swamp Thing merupakan antara projek terawal yang diumumkan DC Studios pada 2023 sebagai sebahagian daripada perancangan baharu DC Universe (DCU) di bawah kepimpinan James Gunn dan Peter Safran.

Berbeza dengan kebanyakan filem adiwira DC, Swamp Thing dirancang sebagai sebuah filem seram yang lebih gelap dengan pendekatan Gothic horror.

Mangold sebelum ini menjelaskan bahawa beliau mahu menghasilkan sebuah kisah seram yang memfokuskan kepada seorang manusia yang berubah menjadi makhluk mengerikan, dengan inspirasi daripada cerita klasik Frankenstein.

Walaupun membawa pendekatan seram yang tersendiri, James Gunn pernah mengesahkan bahawa Swamp Thing masih akan berinteraksi dengan watak-watak lain dalam DCU.

Bagaimanapun, projek tersebut tidak menunjukkan banyak perkembangan sejak diumumkan tiga tahun lalu. Situasi itu turut menimbulkan persoalan mengenai masa depannya, lebih-lebih lagi apabila beberapa projek DCU lain seperti The Authority, Paradise Lost dan Sgt. Rock turut berdepan kelewatan.

Mangold sendiri mempunyai jadual yang padat selepas mengarahkan Indiana Jones and the Dial of Destiny (2023) dan A Complete Unknown (2024). Beliau juga masih dikaitkan dengan sebuah projek filem Star Wars yang diumumkan pada 2023.

Artikel Berkaitan:  Trailer Pertama Clayface Ubah Penjahat Batman Menjadi Kisah Body Horror

Watak Swamp Thing sebelum ini pernah diangkat menerusi siri televisyen Swamp Thing pada 2019, namun siri tersebut dibatalkan selepas hanya satu musim.

Setakat ini, DC Studios masih belum mengumumkan barisan pelakon, tarikh penggambaran mahupun tarikh tayangan rasmi untuk Swamp Thing.

Sumber: Bloody Digusting

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

The People v. Gorilla Grodd: Siri Komedi DC Studios Dapat Lampu Hijau

Karim Khan

Warner Bros. Perkenal Nama Baharu Untuk DCU?

Karim Khan

Trailer Avengers: Endgame Encore Bawa Kembali Momen Ikonik

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Kini Catat Sejarah Baharu Buat MCU

Farah

Avengers: Endgame Encore Ada Durasi Berbeza Mengikut Jenis Pawagam

Karim Khan

Nicolas Cage Samakan MCU Dengan WWE, Mahu Marvel Kembali Utamakan Penceritaan

Karim Khan

Leave a Comment