Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Josh Brolin Suka Dengan Idea Thanos Bertarung Dengan Doctor Doom

Selepas menjadi antara musuh paling berbahaya dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), Thanos kini mungkin mempunyai pencabar yang jauh lebih hebat menerusi kemunculan Doctor Doom, watak antagonis baharu yang bakal dilakonkan oleh Robert Downey Jr.

Persoalan sama ada kedua-dua watak ini akan bertembung dalam MCU turut mendapat perhatian Josh Brolin, pelakon yang terkenal dengan watak Thanos dalam Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame.

Ketika ditemu bual oleh Polygon sempena New York Comic Con 2026, Brolin ditanya sama ada Thanos mempunyai peluang untuk menewaskan Doctor Doom lakonan Downey Jr.

"Saya tidak tahu. Saya suka idea untuk berdepan dengan Downey dalam apa jua bentuk sekalipun. Saya juga gembira dia membawakan watak tersebut dan tidak sabar untuk menyaksikannya," kata Brolin.

Walaupun tidak memberikan jawapan mengenai siapa yang lebih kuat, Brolin jelas teruja dengan pemilihan Downey Jr. sebagai Doctor Doom, yang bakal memainkan peranan penting dalam fasa seterusnya MCU.

Dalam komik Marvel, Thanos dan Doctor Doom sebenarnya pernah bertembung menerusi jalan cerita Secret Wars yang diterbitkan pada 2015.

Dalam kisah tersebut, Doctor Doom memperoleh kuasa Beyonders dan menjadi God Emperor Doom, pemerintah Battleworld yang memiliki kuasa luar biasa. Ketika Thanos cuba mencabar kekuasaannya, Doom membunuh Mad Titan itu dengan mencabut tulang belakang berserta tengkoraknya.

Babak ikonik tersebut turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat bahawa Marvel Studios mungkin akan mengadaptasikannya dalam Avengers: Secret Wars.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang pengesahan bahawa Brolin akan kembali membawakan watak Thanos atau bahawa pertembungan tersebut akan berlaku dalam filem berkenaan.

Robert Downey Jr. akan membuat kemunculan sebagai Doctor Doom dalam Avengers: Doomsday, sebelum meneruskan peranannya dalam Avengers: Secret Wars.

Avengers: Doomsday dijadualkan tayangan di pawagam pada 17 Disember 2026, manakala Avengers: Secret Wars menyusul pada 17 Disember 2027.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Samara Weaving Dilapor Sertai Reboot X-Men Sebagai Emma Frost

Karim Khan

Disney+ Senaraikan 15 Tontonan Penting Sebelum Avengers: Doomsday

Karim Khan

Netflix Kongsi Treler Pertama Khas LEGO One Piece

Karim Khan

Street Fighter: David Dastmalchian Dedah Inspirasi Hidupkan Watak M. Bison

Karim Khan

David Harbour Didakwa Dedah Spoiler Avengers: Doomsday

Karim Khan

Daredevil: Born Again Akan Tamat Dengan Musim Ketiga

Karim Khan

Leave a Comment