Kakimuvee
Berita

Foto Set Tangled Dedahkan Babak Pertabalan Rapunzel

Foto-foto terbaharu dari lokasi penggambaran filem live-action Tangled mendedahkan gambaran awal babak pertabalan Rapunzel yang dilakonkan oleh Teagan Croft.

Menurut laporan SFFGazette yang memetik Toonado, babak tersebut dipercayai memaparkan detik Rapunzel kembali ke kerajaan Corona dan disambut oleh ribuan penduduk selepas berjaya melarikan diri daripada cengkaman Mother Gothel. Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Milo Manheim, yang membawa watak Flynn Rider, turut terlibat dalam penggambaran babak itu.

Namun, apa yang paling mencuri perhatian peminat ialah penampilan Rapunzel yang masih berambut panjang ketika mengenakan mahkota. Dalam versi animasi Tangled, Rapunzel telah memotong rambutnya sebelum babak pertemuan semula dengan ibu bapanya dan ketika menerima mahkota sebagai puteri.

Perbezaan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat, khususnya mereka yang menganggap penampilan berambut pendek merupakan antara detik paling ikonik watak tersebut.

Walau bagaimanapun, foto penggambaran lain menunjukkan Teagan Croft turut menjalani penggambaran dengan gaya rambut pendek, sekali gus memberi bayangan bahawa adegan memotong rambut masih dikekalkan dalam filem ini.

Laporan sama turut menyebut Disney mengambil langkah ketat untuk merahsiakan penampilan Rapunzel sepanjang penggambaran. Namun, peminat lega apabila watak itu dilihat mengenakan gaun ungu ikoniknya, sekali gus meredakan kebimbangan bahawa Disney akan menukar identiti visual Corona kepada skema warna biru.

Versi live-action Tangled diarahkan oleh Michael Gracey (The Greatest Showman, Better Man), manakala Jennifer Kaytin Robinson menulis skrip.

Filem ini diterajui oleh Teagan Croft sebagai Rapunzel dan Milo Manheim sebagai Flynn Rider. Kathryn Hahn pula membawakan watak Mother Gothel, sementara Diego Luna turut menyertai barisan pelakon dalam watak yang masih dirahsiakan.

Setakat ini, Tangled dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun 2028.

Sumber: SFFGazette.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Anggun Jadi Villain Utama Reacher Musim Ke-4, Lihat Gambar Pertama Di Sini

Karim Khan

‘The Odyssey’ Dijangka Raih Kutipan Pembukaan Global Hampir AS$200 Juta

Karim Khan

DISNEY PERNAH CUBA MEMILIKI FRANCAIS JAMES BOND SEBELUM AKHIRNYA DIMILIKI AMAZON

Karim Khan

Universal Jadi Studio Pertama Raih AS$4 Bilion Di Box Office Global Pada 2026

Karim Khan

Hooters Bakal Diangkat Ke Filem Buddy Comedy, Kisah Asal-Usul Rangkaian Restoran Popular

Karim Khan

Avengers: Doomsday Catat Jualan Tiket Luar Biasa, Mendahului Spider-Man: Brand New Day

Karim Khan

Leave a Comment