Kakimuvee
AsianNetflixStreaming

Mousetrap Dijangka Tiba Di Netflix Pada Ogos Ini

Netflix dijangka bakal membawakan sebuah lagi K-Drama thriller menarik menerusi Mousetrap, adaptasi daripada webtoon popular Field Mouse karya Ludvico. Siri ini menampilkan gandingan Sul Kyung Gu dan Ryu Jun Yeol sebagai pelakon utama.

Menurut laporan What’s on Netflix, walaupun Netflix masih belum mengumumkan tarikh tayangan secara rasmi, beberapa sumber melaporkan siri ini dijangka mula distrim pada 28 Ogos 2026.

Mousetrap, yang sebelum ini menggunakan judul The Rat, diarahkan oleh Kim Hong Seon.

Siri ini mengisahkan Moon Jae, seorang novelis yang hidup menyendiri akibat fobia sosial. Kehidupannya berubah apabila sistem pengecaman cap jari pada telefonnya gagal berfungsi, manakala individu yang selama ini membantunya turut menghilangkan diri.

Lebih mengejutkan, identiti, nama dan seluruh hartanya telah dirampas oleh seorang individu misteri yang dikenali sebagai “Rat”. Bertekad mendapatkan semula kehidupannya, Moon Jae memulakan misi memburu dalang di sebalik kejadian tersebut.

Ryu Jun Yeol memegang watak Moon Jae, manakala Sul Kyung Gu membawakan watak No Ja, seorang along yang turut mengendalikan agensi detektif persendirian. No Ja kemudian membantu Moon Jae menjejaki identiti sebenar “Rat”, namun turut mempunyai kepentingannya sendiri dalam kes tersebut.

Penggambaran Mousetrap dilaporkan berlangsung dari pertengahan April hingga November 2025 dan kini berada di peringkat pascaproduksi.

Sumber: What’s on Netflix.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Siri Spider-Man Berasaskan Clone Saga Dikhabarkan Hampir Mendapat Lampu Hijau Dari Prime Video

Karim Khan

Dead-End Job Lakonan Lee Jae-wook Tayang 30 Oktober Di Netflix

Farah

Netflix Kongsi Treler Pertama Khas LEGO One Piece

Karim Khan

Sweetpea Musim 2: Ella Purnell Kembali Membunuh Dalam Teaser Terbaharu

Farah

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle I Kini Distrim Di Netflix Malaysia

Farah

‘Human Vapor’: Pencipta ‘Train to Busan’ Hasilkan Siri Netflix Tentang Pembunuh Yang Boleh Bertukar Menjadi Asap

Karim Khan

Leave a Comment