Kakimuvee
AnimeBerita

Lionsgate Lancar Uji Bakat Global Untuk Filem Live-Action Naruto, Cari Pelakon Naruto, Sasuke dan Sakura

Lionsgate bersama pengarah Destin Daniel Cretton mengumumkan menerusi media sosial pada Khamis bahawa mereka akan memulakan pencarian pelakon di seluruh dunia bagi filem live-action Naruto, adaptasi daripada siri manga popular karya Masashi Kishimoto.

Pencarian bakat global itu akan memberi tumpuan kepada tiga watak utama Team 7 iaitu Naruto Uzumaki, Sasuke Uchiha dan Sakura Haruno. Lionsgate turut memaklumkan bahawa proses pemilihan pelakon untuk watak-watak lain akan diumumkan pada peringkat seterusnya.

Dalam video pengumuman tersebut, Destin Daniel Cretton berkata:

“Karya Kishimoto-sensei telah memberi inspirasi kepada beberapa generasi peminat di seluruh dunia. Ia merupakan satu penghormatan buat saya untuk membawa dunia dan watak-watak ciptaannya ke layar perak dalam bentuk live-action buat kali pertama. Saya sangat teruja untuk memulakan pencarian pelakon Team 7 di seluruh dunia dan menghidupkan semesta Naruto dengan cara yang luar biasa.”

Pencipta Naruto, Masashi Kishimoto, turut berkongsi keterujaannya terhadap projek tersebut:

“Ketika ini, keajaiban berlaku satu demi satu dalam hidup saya. Karya saya, Naruto, akhirnya benar-benar sedang diadaptasikan menjadi filem Hollywood! Keajaiban yang lebih besar ialah filem ini akan diarahkan oleh seorang pengarah hebat, Destin Daniel Cretton.

Saya sendiri masih sukar mempercayainya. Jika begitu banyak keajaiban telah berlaku, marilah kita berharap lebih banyak lagi akan menyusul. Saya tidak sabar menantikan pertemuan luar biasa dengan pelakon-pelakon berbakat yang bakal menghidupkan watak-watak ciptaan saya. Saya benar-benar tidak sabar untuk melihat mereka di layar perak!”

Ketika ini, filem live-action Naruto sedang memasuki fasa pra-produksi, dengan proses pemilihan pelakon menjadi antara langkah terawal sebelum penggambaran bermula.

Sementara itu, filem terbaru arahan Destin Daniel Cretton, Spider-Man: Brand New Day, dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 31 Julai.

Sumber: IGN Southeast Asia

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

‘Supergirl’ Catat Rekod Buruk, Jadi Filem DC Dengan Kutipan Terendah Sejak ‘Catwoman’

Karim Khan

Michael Waldron Dilapor Bangunkan Filem Nova Untuk Marvel Studios

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Terus Dominasi Box Office, The Odyssey Pecah Rekod Nolan

Karim Khan

Michael Bay Dalam Rundingan Untuk Kembali Arah Transformers, Steven Spielberg Terajui Kreatif

Karim Khan

Zack Snyder Lancar Trailer The Last Photograph, Bakal Tayang Di TIFF

Karim Khan

Filem Baharu ‘A Nightmare on Elm Street’ Kini Dalam Pembangunan

Karim Khan

Leave a Comment