Kakimuvee

  • Streaming
    • DisneyPlus
    • Netflix
  • Privacy Policy
FacebookTwitterYoutube
Kakimuvee
Lokal

‘Polong’ Kini Telah Mengumpul RM15 Juta

by adminJune 22, 2026June 22, 2026019
Share0

Bermula dengan rasa ingin tahu penonton terhadap sebuah filem seram tempatan, Polong kini muncul sebagai antara naskhah paling berjaya tahun ini apabila mencatat kutipan RM15 juta hanya dalam tempoh beberapa minggu tayangan di pawagam.

Apa yang pada awalnya sekadar pengalaman menonton di layar perak kini berkembang menjadi satu fenomena. Ulasan positif daripada penonton, reaksi yang tular di media sosial serta sokongan dari mulut ke mulut terus menarik kehadiran penonton baharu, sekali gus meletakkan Polong sebagai antara filem paling hangat diperkatakan sepanjang tempoh tayangannya.

Sambutan luar biasa terhadap Polong turut merentasi batas genre. Bukan sahaja peminat filem seram, malah penonton umum turut terpanggil untuk menyaksikan naskhah yang menjadi sebutan ramai ini. Sejak hari pertama ditayangkan, kutipan filem tersebut terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari minggu ke minggu, membuktikan karya tempatan masih mendapat tempat istimewa dalam hati penonton Malaysia.

Pengarahnya, Zulkarnain Azhar, meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, saya benar-benar terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton Malaysia. Setiap tiket yang dibeli, setiap ulasan yang dikongsikan dan setiap cadangan kepada keluarga atau rakan-rakan memberi makna yang sangat besar kepada kami.”

Beliau turut menambah:

“Sebagai pembikin filem, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat karya yang dihasilkan diterima dengan baik dan berjaya menyentuh emosi penonton. Kejayaan RM15 juta ini bukan milik saya seorang, tetapi milik seluruh pasukan produksi, para pelakon dan yang paling penting, milik semua penonton yang memilih untuk menyokong Polong.”

Kejayaan ini turut membuktikan keyakinan penonton terhadap karya tempatan yang berkualiti, selain mengukuhkan hakikat bahawa genre seram masih mempunyai tempat yang kukuh dalam industri perfileman Malaysia apabila dipersembahkan dengan jalan cerita yang mantap serta pengalaman sinematik yang mengesankan.

Kutipan RM15 juta bukan sekadar angka, sebaliknya menjadi simbol penghargaan penonton terhadap usaha dan dedikasi seluruh tenaga kerja di sebalik pembikinan Polong. Ia juga membuktikan bahawa filem tempatan mampu mencipta impak besar apabila menerima sokongan berterusan daripada masyarakat.

Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran 10 Star Cinemas Sdn. Bhd., serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa, Amir Nafis dan ramai lagi.

Terima kasih kerana terus menyahut bisikan yang masih bergema sehingga hari ini. Polong masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Saksikan sendiri naskhah seram yang menjanjikan pengalaman mendebarkan dan mampu membuat bulu roma anda meremang.

Filem TempatanPolong
Share0
previous post
Jim Carrey Dilapor Kembali Sebagai The Grinch, Sekuel Baharu Sedang Dalam Pembangunan
admin

Related posts

Astro Angkat Tema ‘Bersama Lagi Jadi’, Bawa Barisan Kandungan Kerohanian Dan Drama Terbaik Ramadan 2026

adminFebruary 5, 2026February 5, 2026

Leave a Comment Cancel Reply

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Popular Minggu Ini!

Jim Carrey Dilapor Kembali Sebagai The Grinch, Sekuel Baharu Sedang Dalam Pembangunan

adminJune 19, 2026June 19, 2026

Misteri Kehilangan Isteri Jadi Tumpuan Dalam Thriller Korea Baharu The Husband Di...

adminJune 19, 2026June 19, 2026

Peter Parker Kembali Dalam Treler Baharu Spider-Man: Brand New Day, Tayang Julai...

adminJune 19, 2026June 19, 2026

‘Khadam’ Buktikan Kebangkitan Filem Seram Tempatan Dengan Mengutip RM2.6 Juta Dalam Tempoh...

adminJune 18, 2026June 18, 2026

Musim Kedua Avatar: The Last Airbender Bakal Ditayangkan 25 Jun di Netflix

adminApril 6, 2026April 6, 2026

Lagi Berita Menarik!

19
Jun
June 19, 2026

Jim Carrey Dilapor Kembali Sebagai The Grinch, Sekuel Baharu Sedang Dalam Pembangunan

adminJune 19, 2026June 19, 2026
19
Jun
June 19, 2026

Misteri Kehilangan Isteri Jadi Tumpuan Dalam Thriller Korea Baharu The Husband Di...

adminJune 19, 2026June 19, 2026
19
Jun
June 19, 2026

Peter Parker Kembali Dalam Treler Baharu Spider-Man: Brand New Day, Tayang Julai...

adminJune 19, 2026June 19, 2026
18
Jun
June 18, 2026

‘Khadam’ Buktikan Kebangkitan Filem Seram Tempatan Dengan Mengutip RM2.6 Juta Dalam Tempoh...

adminJune 18, 2026June 18, 2026
06
Apr
April 6, 2026

Musim Kedua Avatar: The Last Airbender Bakal Ditayangkan 25 Jun di Netflix

adminApril 6, 2026April 6, 2026
06
Apr
April 6, 2026

Filem Aksi Jenayah Mandarin Dinanti Ramai, Cold War 1994, Sah Ditayangkan di...

adminApril 6, 2026April 6, 2026
Follow us
FacebookTwitterYoutube
@2026 - kakimuvee.com. All Right Reserved. Designed and Developed by PenciDesign
Kakimuvee
FacebookTwitterYoutube
  • Streaming
    • DisneyPlus
    • Netflix
  • Privacy Policy

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by