Kakimuvee
Senarai Filem

Terbang, The Fox King & Resident Evil, Berikut Adalah Filem Menarik Pada Minggu Ini (16-17 September)

Filem-filem minggu September

Beberapa filem baharu akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia minggu ini, merangkumi genre aksi, drama, seram, komedi dan thriller.

Antara judul tempatan yang bakal menemui penonton ialah Terbang dan The Fox King, selain tiga filem antarabangsa iaitu Resident Evil, OK! Madam: Bon Voyage dan Runner.

Terbang

Filem Terbang

Arahan Chiu Keng Guan, Terbang merupakan filem aksi drama biopik sukan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem ini mengangkat perjalanan seorang pelumba dalam mengejar impian serta menghadapi cabaran dalam dunia sukan permotoran. Barisan pelakon terdiri daripada Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Qasrina Karim dan Diana Danielle.

Bagi penonton yang membeli tiket Terbang di pawagam GSC yang mengambil bahagian, mereka berpeluang mendapatkan poster khas dengan rekaan bertemakan negeri masing-masing.

The Fox King

Dian Sastrowardoyo dalam The Fox King

The Fox King arahan Woo Ming Jin mengikuti pasangan kembar, Amir dan Ali, yang ditinggalkan bapa dan berdepan masalah buli di sekolah. Kedua-duanya banyak bergantung antara satu sama lain, terutama Amir yang pemalu dan bijak serta mempunyai bahasa tersendiri yang hanya difahami oleh Ali.

Keadaan mula berubah selepas seorang guru baharu tiba di kampung pesisir tempat mereka tinggal. Kehadirannya memperkenalkan pengalaman dan pandangan baharu kepada Amir dan Ali, tetapi pada masa sama mencetuskan persaingan antara mereka.

Filem ini dibintangi Dian Sastrowardoyo, Idan Aedan, Hadi Putra dan Amerul Affendi.

Pada 18 September, Dian Sastrowardoyo, Idan Aedan dan Hadi Putra akan hadir dalam satu sesi bertemu peminatdi GSC Mid Valley, Kuala Lumpur bagi sesi tayangan pada jam 9.00 malam dan 9.20 malam. Penonton yang mahu menyertai sesi tersebut perlu membeli tiket terlebih dahulu melalui aplikasi GSC.

Artikel Berkaitan:  Prime Video Ogos 2026: Reacher Musim 4 Dan Filem Baharu Menanti

Resident Evil

Trailer Resident Evil

Resident Evil arahan Zach Cregger mengisahkan Bryan, seorang penghantar perubatan yang ditugaskan membawa sebuah bungkusan ke hospital terpencil.

Tugas tersebut berubah apabila dia terperangkap dalam satu wabak dan perlu berdepan dengan makhluk bermutasi untuk terus hidup.

Filem ini dibintangi Austin Abrams, Zach Cherry, Kali Reis, Paul Walter Hauser dan Johnno Wilson.

OK! Madam: Bon Voyage

OK! Madam: Bon Voyage

Sekuel kepada Okay! Madam (2020), OK! Madam: Bon Voyage kembali menampilkan Uhm Jung-hwa sebagai Mi-young, bekas ejen rahsia yang kini menjalani kehidupan biasa.

Kali ini, Mi-young dan keluarganya menaiki sebuah kapal persiaran yang kemudiannya dirampas oleh sekumpulan penjenayah. Dia terpaksa kembali menggunakan kemahiran lamanya untuk melindungi keluarga serta penumpang lain.

Filem arahan Lee Chul-ha ini turut dibintangi Park Sung-woong, Lee Sang-yoon, Bae Jung-nam, Park Jin-joo, Ryeoun dan Sooyoung.

Runner

Filem Runner

Runner arahan Scott Waugh mengisahkan seorang bekas tentera yang menerima tugasan menghantar bekalan perubatan. Namun, penghantaran tersebut menyebabkan dia menjadi sasaran sebuah kartel.

Dia kemudian terpaksa berlumba dengan masa untuk memastikan bekalan itu sampai kepada penerima sebelum terlambat.

Filem ini menampilkan Alan Ritchson, Owen Wilson, Rodrigo Santoro dan Leila George.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

8 Filem Jenayah, Heist, Aksi Dan Bencana Menarik Untuk Ditonton Di Netflix

Karim Khan

Kung Fu Soccer & The End Of Oak Street Jadi Tumpuan 13-14 Ogos Ini

Farah

Tikus!, Onslaught Antara Filem Baru Yang Akan Tayang Pada Minggu Pertama September 2026

Karim Khan

Filem Lakonan Gal Gadot Dengan Rating Rendah Di Rotten Tomatoes

Karim Khan

Gentle Monster: Filem Léa Seydoux Bakal Tiba Di Netflix November Ini

Karim Khan

Filem Melayu Bakal Tayang Di Pawagam Tahun 2026, Ini Senarainya

Karim Khan

Leave a Comment