Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Trailer Baharu Resident Evil Tampilkan Survival Horror Penuh Aksi Dan Makhluk Mengerikan

Trailer Resident Evil

Sony Pictures akhirnya melancarkan trailer rasmi pertama untuk filem Resident Evil, memberikan gambaran lebih jelas mengenai naskhah adaptasi baharu francais permainan video ikonik Capcom itu.

Filem arahan Zach Cregger ini dijadualkan menemui penonton di pawagam serta IMAX pada 18 September, menjanjikan pengalaman survival horror yang penuh dengan aksi mendebarkan, elemen seram yang mengerikan serta pelbagai rujukan kepada siri permainan asal Resident Evil.

Austin Abrams Berdepan Malam Penuh Ngeri

Trailer memperkenalkan Austin Abrams (Weapons) sebagai Bryan, seorang penghantar bekalan perubatan yang secara tidak sengaja terperangkap dalam satu malam penuh huru-hara apabila wabak maut mula merebak.

Dalam usaha untuk terus hidup, Bryan terpaksa mengharungi pelbagai ancaman mengerikan ketika dunia di sekelilingnya berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan.

Menariknya, trailer ini tidak terlalu mendedahkan rupa sebenar makhluk mutasi yang bakal menjadi ancaman utama, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada perjalanan watak Bryan sepanjang malam tersebut.

Bukan Filem Zombie Seperti Yang Dijangka

Sebelum ini, Zach Cregger menjelaskan bahawa filem Resident Evil versinya bukanlah sebuah filem yang terlalu bergantung kepada zombie.

Sebaliknya, beliau mahu meneroka kesan sebenar T-Virus terhadap tubuh manusia dengan memperkenalkan pelbagai jenis makhluk dan mutasi yang lebih menyeramkan.

Menurut Cregger, hanya dua atau tiga babak sahaja yang memaparkan zombie secara tradisional, malah sebahagian daripadanya sudah pun diperlihatkan dalam trailer.

Beliau percaya T-Virus mempunyai potensi yang jauh lebih luas daripada sekadar menukarkan manusia menjadi zombie, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai rekaan makhluk yang lebih kreatif dan menggerunkan.

Antara Filem Resident Evil Paling Pendek

Menurut senarai rasmi AMC Theatres, filem Resident Evil mempunyai durasi selama 1 jam 35 minit, menjadikannya antara filem paling pendek dalam keseluruhan francais.

Walaupun berdurasi hanya 95 minit, filem ini dijangka menawarkan pengalaman yang padat dengan aksi pantas, ketegangan berterusan serta suasana survival horror tanpa henti.

Trailer baharu ini turut menampilkan beberapa elemen yang pasti menggembirakan peminat siri permainan asal, termasuk kemunculan peluru ikonik shotgun Resident Evil serta pelbagai easter egg lain yang boleh ditemui sepanjang rakaman tersebut.

Sumber: Bloody Disgusting

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Teaser Baharu Street Fighter Tampilkan Ryu Vs. Blanka, Chun-Li Vs. Cammy

Farah

Tonton Trailer ‘Water Park Shark’, Pengarah Sharknado Kembali Dengan Filem Jerung Terbaru

Karim Khan

Crystal Lake Dedah Asal-Usul Pamela Voorhees Dalam Teaser Pertama, Siri Prekuel Friday the 13th Tayang Oktober Ini

Karim Khan

Whalefall: Austin Abrams Terperangkap Dalam Perut Paus Gergasi

Karim Khan

Godzilla Minus Zero Jadi Filem Jepun Pertama Dirakam Untuk IMAX

Karim Khan

Wanita Hamil Makan Daging Mentah Dalam Klip Baharu Filem Seram Son of Sara

Karim Khan

Leave a Comment