Kakimuvee
Berita LokalOfficial Trailer

Tiket Sehala: Filem Aksi Malaysia Arahan Rahila Ali Tayang Ogos Ini

Filem tempatan Tiket Sehala bakal menemui penonton di pawagam Malaysia pada 6 Ogos 2026. Diterbitkan oleh Key Billions Sdn. Bhd., filem ini disenaraikan di bawah Skim Wajib Tayang FINAS dan merupakan antara judul tempatan yang dijadualkan menghiasi pawagam pada bulan Ogos.

Tiket Sehala diarahkan dan ditulis oleh Rahila Ali. Filem ini membawakan gabungan pelakon seperti Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Saharudin Jamaludin, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana dan Fancy Goh.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Alif, Putri dan Taqy, tiga rakyat Malaysia yang terperangkap dalam sindiket pemerdagangan manusia di Korea Selatan. Mereka berdepan realiti gelap eksploitasi buruh sambil berjuang untuk mencari jalan pulang ke tanah air.

Maklumat Filem

  • Tajuk: Tiket Sehala
  • Pengarah: Rahila Ali
  • Penulis: Rahila Ali
  • Pelakon: Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Saharudin Jamaludin, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana dan Fancy Goh
  • Genre: Aksi
  • Bahasa: Bahasa Melayu
  • Negara: Malaysia
  • Tarikh Tayangan Malaysia: 6 Ogos 2026

Related posts

‘Khadam’ Buktikan Kebangkitan Filem Seram Tempatan Dengan Mengutip RM2.6 Juta Dalam Tempoh 7 Hari

Karim Khan

[TRAILER] ‘Something Very Bad Is Going to Happen’: Siri Seram Terbaharu Duffer Brothers Temui Penonton 26 Mac Ini

Karim Khan

Robert Pattinson Bawa Watak Chris Hansen Dalam Filem Biografi Jenayah Primetime

Karim Khan

Trailer Pertama Narnia: The Magician’s Nephew Perlihatkan Dunia Fantasi Garapan Greta Gerwig

Karim Khan

Baga: Esok Untuk Siapa Raih Pujian Selebriti Dan Penggiat Filem Tempatan

Karim Khan

Coyote vs. ACME Akhirnya Tayang Selepas Kontroversi Pembatalan, Trailer Terakhir Cetus Perhatian

Karim Khan

Leave a Comment