Kakimuvee
BeritaNetflixStreaming

War Machines Disahkan Sebagai Tajuk Sekuel Filem Netflix Paling Popular 2026

War Machine Netflix

Selepas muncul sebagai filem Netflix paling popular sepanjang 2026, War Machine kini secara rasmi bakal diteruskan menerusi sebuah sekuel yang diberi judul War Machines.

Sebelum ini, Netflix mengesahkan sekuel filem aksi sci-fi tersebut sedang berada di peringkat awal pembangunan, namun butiran mengenainya masih dirahsiakan. Kini, menerusi satu perkongsian di Instagram, tajuk rasmi filem itu akhirnya didedahkan.

Menerusi gambar hitam putih yang dimuat naik, kelihatan kulit skrip filem diletakkan di bawah sebuah figura mecha. Namun, apa yang mencuri perhatian ialah huruf “S” pada penghujung tajuk yang diperlihatkan secara sengaja, sekali gus mengesahkan sekuel itu akan menggunakan judul War Machines.

Pemilihan tajuk itu mengingatkan peminat kepada pendekatan klasik francais Alien, apabila filem asal arahan Ridley Scott diteruskan dengan Aliens arahan James Cameron.

Sekuel ini sekali lagi ditulis oleh Patrick Hughes dan James Beaufort, dengan Hughes turut kembali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah.

Pelakon utama, Alan Ritchson, sebelum ini turut meraikan pengumuman sekuel tersebut menerusi media sosial sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menjadikan War Machine satu fenomena global.

Menurutnya, kejayaan filem pertama hanyalah permulaan dan lebih banyak kejutan bakal menanti peminat pada masa akan datang.

Berdasarkan maklumat produksi yang didedahkan, War Machines kini sedang dibangunkan dengan anggaran bajet antara AS$50 juta hingga AS$100 juta (sekitar RM212 juta hingga RM424 juta).

Filem itu merupakan kerjasama produksi antara Australia dan Amerika Syarikat dengan Lionsgate, Hidden Pictures, Range Media Partners serta Huge Film bertindak sebagai syarikat penerbit bersama untuk Netflix.

Selain Patrick Hughes, penerbit Rich Cook, Todd Lieberman, Greg McLean dan Alexander F. Young turut kembali menerbitkan sekuel ini, manakala Valerie Bleth Sharp dilantik sebagai penerbit eksekutif.

Filem Netflix Paling Banyak Ditonton Sepanjang 2026

Keputusan Netflix meneruskan francais ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Berdasarkan data tontonan rasmi Netflix bagi separuh pertama 2026, War Machine muncul sebagai filem paling banyak ditonton di platform penstriman itu.

Dilancarkan pada 6 Mac 2026, filem tersebut merekodkan sebanyak 146.9 juta tontonan bersamaan 266.8 juta jam tontonan hanya dalam tempoh beberapa bulan.

Jumlah itu mengatasi The Rip yang berada di tangga kedua dengan 136.1 juta tontonan, selain meninggalkan dua lagi filem popular tahun ini iaitu Swapped (130.8 juta tontonan) dan Apex (129 juta tontonan).

Malah, kejayaan tersebut turut meletakkan War Machine dalam kelompok 10 filem paling banyak ditonton sepanjang zaman di Netflix.

Setakat ini, Netflix masih belum mengumumkan tarikh penggambaran mahupun tarikh tayangan rasmi War Machines. Namun, dengan pembangunan yang kini sedang berjalan, peminat dijangka akan menerima lebih banyak perkembangan mengenai sekuel ini dalam masa terdekat.

Sumber: What’s On Netflix

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Robert Pattinson Bawa Watak Chris Hansen Dalam Filem Biografi Jenayah Primetime

Karim Khan

Paramount Bangunkan Reboot G.I. Joe, Danny McBride Jadi Penulis Skrip

Karim Khan

Trailer Baharu Harry Potter Dedahkan Snape, Quidditch Dan Voldemort?

Karim Khan

Sudah Tonton The Last House? Ini 5 Filem Survival Dalam Ruang Tertutup Yang Wajib Korang Tonton

Farah

Solo Leveling: Beyond the System Diumumkan, Sambung Kisah Sung Jinwoo

Karim Khan

Senarai Rancangan Baharu Netflix Ogos 2026: Siri, Filem Dan Dokumentari Yang Wajib Ditonton

Karim Khan

Leave a Comment