
Francais romantik popular Indonesia, Dilan, kembali dengan sebuah naskhah baharu menerusi Dilan ITB 1997.
Filem ini mengisahkan fasa baharu kehidupan Dilan apabila melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Bandung (ITB), sekali gus membawa penonton melihat sisi dirinya yang lebih matang dalam menghadapi cabaran cinta, kehidupan dan pergolakan politik Indonesia pada penghujung era 1990-an.
Tidak seperti filem-filem terdahulu yang memfokuskan zaman persekolahan, Dilan ITB 1997 mengetengahkan perjalanan watak ikonik itu sebagai seorang mahasiswa yang sedang mencari hala tuju hidup di tengah-tengah perubahan besar yang berlaku di negaranya.
Sinopsis
Berlatarbelakangkan tahun 1997, Dilan pulang ke Bandung selepas mengikuti program pertukaran pelajar di Cuba. Sekembalinya ke Indonesia, dia meneruskan pengajian di Fakulti Seni Rupa dan Reka Bentuk (FSRD), Institut Teknologi Bandung (ITB), di samping membina kerjaya sebagai seorang seniman bebas.
Hubungannya bersama Ancika semakin serius, namun kebahagiaan mereka mula diuji apabila dua wanita hadir semula dalam kehidupan Dilan, termasuk seseorang daripada masa silamnya.
Dalam masa yang sama, suasana politik Indonesia yang semakin bergolak menjelang era Reformasi turut memberi kesan kepada perjalanan hidup mereka.
Barisan Pelakon
- Ariel Noah sebagai Dilan
- Niken Anjani sebagai Ancika
- Raline Shah sebagai Milea
- Wafda Saifan Lubis
- Rangga Nattra
- Dany Beler
- Arya Saloka
- Ira Wibowo
- Della Dartyan
- Maya Hasan
- Denny Chandra
- Rey Bong
Pengarah Dan Produksi
Filem ini diarahkan oleh Pidi Baiq dan Fajar Bustomi. Pidi Baiq, yang juga merupakan pencipta watak Dilan menerusi novel asal, turut menulis skrip bersama Adhitya Mulya dan Ninit Yunita.
Dilan ITB 1997 diterbitkan oleh Falcon Pictures dengan durasi tayangan selama 110 minit.
Tayangan Di Malaysia
Dilan ITB 1997 dijadualkan menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 23 Julai 2026. Filem ini diedarkan oleh TGV Pictures dan akan ditayangkan dalam format 2D dengan audio asal Bahasa Indonesia.

