Kakimuvee
BeritaHorror

Brie Larson Bintangi Filem Creature Horror Skeletons, Bakal Tayang Pada Jun 2027

Brie Larson in movie Kong

Sony Pictures secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan untuk filem creature horror terbaharu, Skeletons, yang akan dibintangi Brie Larson.

Sebelum ini, studio tersebut berjaya memperoleh hak penerbitan filem berkenaan selepas mengatasi beberapa pesaing dalam proses bidaan di European Film Market awal tahun ini. Kini, Skeletons disahkan akan menemui penonton di pawagam pada 4 Jun 2027.

Pada tarikh tayangannya nanti, filem ini bakal bersaing dengan dua judul besar lain iaitu prekuel John Rambo terbitan Lionsgate serta sebuah filem baharu daripada Paramount Pictures.

Skeletons turut menyatukan semula pengarah JT Mollner dengan dua pelakon utama filem thriller yang mendapat pujian pengkritik, Strange Darling, iaitu Willa Fitzgerald dan Kyle Gallner.

Selain Brie Larson, filem ini turut dibintangi Daithí Ó Haragáin, Ione Skye, John Goodman dan Keith Carradine.

Diceritakan dari sudut pandang seorang kanak-kanak lelaki, Skeletons mengisahkan penemuan satu rahsia mengerikan yang disembunyikan oleh kedua ibu bapanya mengenai identiti sebenar ibunya.

Naskhah ini merupakan interpretasi moden terhadap genre seram makhluk. Skrip asal ditulis oleh Brian Duffield sebelum diperhalusi oleh JT Mollner, dan diadaptasi daripada cerpen bertajuk Fail-Safe karya penulis Philip Fracassi.

Laporan sebelum ini turut mendedahkan bahawa jalan cerita filem tersebut melibatkan seorang ibu yang dikurung di dalam sangkar pada setiap malam, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai rahsia yang disembunyikan keluarganya.

Filem ini diterbitkan oleh J.J. Abrams menerusi syarikat produksinya, Bad Robot, bersama Drew Simon, Jon Cohen dan Jack Heller. Brian Duffield, Brie Larson serta Philip Fracassi pula bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Proses penggambaran Skeletons telah pun bermula bulan lalu.

Philip Fracassi turut berkongsi keterujaannya di media sosial apabila mendedahkan perjalanan panjang cerpen Fail-Safe sebelum diadaptasi ke layar perak.

Menurutnya, karya tersebut pada mulanya sukar mendapatkan penerbit sebelum Universal Pictures memperoleh hak adaptasi pada 2022.

Namun, selepas hak itu tamat tempoh dua tahun kemudian, Sony Pictures berjaya mendapatkan projek tersebut menerusi satu lagi proses bidaan.

Fracassi berkata beliau tidak sabar untuk melihat kisah yang dihasilkannya dipersembahkan di layar perak dan menyifatkan perjalanan projek itu sebagai sesuatu yang cukup luar biasa.

Dengan gabungan barisan pelakon terkenal, pengarah yang sedang meningkat naik serta sokongan penerbit berpengaruh seperti J.J. Abrams, Skeletons dilihat berpotensi menjadi antara filem seram yang mencuri perhatian apabila ditayangkan pada musim panas 2027.

Sumber: ComingSoon

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Tonton Trailer ‘Water Park Shark’, Pengarah Sharknado Kembali Dengan Filem Jerung Terbaru

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Pecah Rekod Lagi, Kutipan Cecah AS$1.1 Bilion Dalam Masa Kurang Seminggu

Karim Khan

Other Mommy: Jessica Chastain Tampil Menyeramkan Dalam Trailer Baharu

Karim Khan

Mike Flanagan Mahu Hasilkan Filem Jaws & Jurassic Park

Karim Khan

Clayface Diberi Rating R Kerana Keganasan Berdarah dan Gore

Karim Khan

Cara Menonton Filem Insidious Mengikut Urutan Kronologi

Karim Khan

Leave a Comment