Kakimuvee
LokalOfficial Trailer

Wau Animation Bangunkan Siri Animasi Bola Sepak Gelecek

Wau Animation Gelecek

Studio animasi tempatan Wau Animation mengesahkan bahawa siri animasi baharu berjudul Gelecek kini sedang dibangunkan.

Perkembangan tersebut dikongsikan menerusi sebuah video teaser terbaharu yang memperlihatkan sedikit gambaran mengenai konsep visual dan rekaan animasi siri berkenaan. Projek yang mula diperkenalkan kepada peminat sejak dua tahun lalu itu akhirnya menerima kemas kini rasmi daripada pihak studio.

Mengangkat tema bola sepak, Gelecek diperkenalkan kepada umum menjelang perlawanan akhir Piala Dunia 2026. Namun, Wau Animation masih belum mendedahkan tarikh tayangan rasmi untuk siri animasi tersebut.

Video teaser yang dikongsikan mendapat sambutan positif daripada peminat animasi tempatan, khususnya terhadap kualiti visual yang dipaparkan.

Selain Gelecek, Wau Animation yang terkenal menerusi francais Ejen Ali turut sedang membangunkan projek animasi lain iaitu Nirnama, sebuah adaptasi daripada novel grafik.

Ditubuhkan pada 2013, Wau Animation kini terus memperluaskan portfolio mereka dalam menghasilkan kandungan animasi tempatan untuk pasaran lebih besar.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Street Fighter: TV Spot Baharu Perlihatkan M. Bison Lancarkan Psycho Crusher

Karim Khan

Facing El Chapo: Filem Jenayah Netflix Mengenai Pertemuan Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki

Karim Khan

Trailer Terbaru Takluk 2: Op Daulat Telah Dilancarkan, Papar Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Karim Khan

Teaser Baharu Street Fighter Tampilkan Ryu Vs. Blanka, Chun-Li Vs. Cammy

Farah

Treler ‘Your Mother Your Mother Your Mother’ Tampil Mahershala Ali Sebagai Pembunuh Upahan

Karim Khan

Stranger Things: Tales From ’85 Musim 2 Tayang September

Farah

Leave a Comment