Kakimuvee
Berita

Toy Story 5 Raih Lebih AS$1 Bilion, Jadi Filem Terlaris 2026

Toy Story 5 box office

Toy Story 5 terus membuktikan francais animasi ikonik Disney dan Pixar masih mempunyai daya tarikan luar biasa apabila berjaya melepasi kutipan AS$1 bilion di seluruh dunia. Pencapaian itu sekali gus menjadikannya filem dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2026 setakat ini.

Filem arahan Andrew Stanton itu telah mengumpul sebanyak AS$448 juta di Amerika Utara dan AS$573 juta di pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah AS$1.022 bilion.

Ia juga menjadi filem ketiga tahun ini yang berjaya memasuki kelab kutipan AS$1 bilion selepas The Super Mario Galaxy Movie dan Michael, yang masing-masing turut melepasi angka tersebut.

Sementara itu, The Odyssey dijangka menjadi filem keempat tahun ini yang mencapai kutipan sama apabila kini telah mengumpul AS$639.6 juta selepas hanya dua minggu tayangan. Tidak lama lagi, Spider-Man: Brand New Day pula bakal memulakan tayangan pada 31 Julai dan dijangka menjadi antara calon blockbuster terbesar tahun ini.

Rekod Baharu Buat Francais Toy Story

Dalam masa terdekat, Toy Story 5 dijangka mengatasi kutipan Toy Story 4 (2019) yang meraih AS$1.07 bilion, sekali gus muncul sebagai filem paling laris dalam sejarah francais tersebut.

Sebelum ini, hanya Toy Story 3 (2010) dan Toy Story 4 berjaya melepasi kutipan AS$1 bilion di pawagam.

Toy Story 5 menyaksikan Woody, Buzz Lightyear, Jessie dan rakan-rakan mainan kembali bersatu apabila Bonnie mula ketagih dengan gajet baharu kegemarannya, sebuah tablet pintar kanak-kanak dikenali sebagai Lilypad.

Filem ini menampilkan semula Tom Hanks sebagai Woody, Tim Allen sebagai Buzz Lightyear dan Joan Cusack sebagai Jessie.

Dilancarkan pada pertengahan Jun, Toy Story 5 membuka tirai tayangan dengan kutipan hujung minggu sebanyak AS$160 juta, sekali gus mencatat pembukaan terbesar tahun ini dan juga yang tertinggi dalam sejarah siri Toy Story.

Sambutan positif daripada pengkritik serta sokongan penonton keluarga membantu filem ini terus mendominasi pawagam sepanjang musim panas.

Artikel Berkaitan:  5 Filem 2026 Yang Sudah Mengutip Lebih AS$1 Bilion Di Seluruh Dunia

Pixar Masih Berdepan Cabaran Filem Original

Di sebalik kejayaan besar Toy Story 5, Pixar Animation Studios dilaporkan turut terkesan dengan pemberhentian pekerja yang dilakukan oleh Disney minggu lalu.

Walaupun filem sekuel animasi kembali mencatat prestasi memberangsangkan di pawagam, filem original masih berdepan cabaran untuk menarik jumlah penonton yang sama.

Buktinya, filem original Pixar tahun ini, Hoppers, yang mengisahkan seorang pelajar memindahkan mindanya ke dalam seekor memer robot bagi berkomunikasi dengan haiwan lain, gagal mengekalkan momentum kutipan selepas permulaan yang memberangsangkan.

Sumber: Variety

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Paramount Bangunkan Reboot G.I. Joe, Danny McBride Jadi Penulis Skrip

Karim Khan

Godzilla x Kong: Supernova Didakwa Lebih Gelap dan Serius Berdasarkan Reaksi Tayangan Ujian

Karim Khan

Evil Dead Burn Tiba Ke Platform Digital Ogos Ini

Karim Khan

Siri TV RoboCop Disahkan Di Prime Video, James Wan Bertindak Sebagai Penerbit

Karim Khan

Elon Musk Mahu Hasilkan Filem AI The Odyssey, Sindir Adaptasi Christopher Nolan

Karim Khan

Taylor Sheridan Sudah Siapkan Skrip Sicario 3 Dan Filem Call of Duty

Karim Khan

Leave a Comment