Kakimuvee
Berita

Elon Musk Mahu Hasilkan Filem AI The Odyssey, Sindir Adaptasi Christopher Nolan

The Odyssey Christopher Nolan

Elon Musk sekali lagi mencetuskan perhatian apabila mengumumkan bahawa chatbot AI miliknya, Grok, akan menghasilkan sebuah filem penuh The Odyssey yang didakwanya lebih ‘tepat’ kepada karya asal Homer sebelum penghujung tahun ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi platform X bersama sebuah video pendek berdurasi tiga minit yang dijana menggunakan Grok Imagine.

Hasrat Musk dilihat sebagai kesinambungan kepada kritikannya terhadap filem The Odyssey arahan Christopher Nolan. Sejak awal tahun, beliau beberapa kali menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan pelakon filem tersebut, termasuk khabar angin mengenai Lupita Nyong’o sebagai Helen of Troy dan Elliot Page sebagai Achilles.

Musk turut menuduh Hollywood mengamalkan agenda “woke”, walaupun ramai sejarawan menjelaskan bahawa epik Homer merupakan karya fiksyen dan bukannya rekod sejarah.

Berdasarkan video AI yang dikongsikan Musk, adaptasi tersebut dipercayai akan menampilkan barisan pelakon berkulit putih sepenuhnya. Ia sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Sementara itu, Christopher Nolan sebelum ini menegaskan bahawa kritikan terhadap ketepatan sejarah filemnya adalah tidak relevan kerana orang ramai masih belum menonton hasil sebenar filem tersebut.

Walaupun menjadi sasaran pelbagai kontroversi, The Odyssey terus mencatat kejayaan luar biasa di pawagam dengan kutipan pembukaan global sebanyak AS$264.1 juta, sekali gus menjadi pembukaan terbesar sepanjang karier Nolan dan antara filem paling berjaya tahun ini.

Sumber: The Hollywood Reporter

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Siri Anime ‘Terminator Zero’ Dibatalkan Netflix Selepas Satu Musim

Karim Khan

Samara Weaving Dilapor Sertai Reboot X-Men Sebagai Emma Frost

Karim Khan

Filem Prekuel ‘The Conjuring: First Communion’ Mula Penggambaran, Pelakon Untuk Watak Muda Ed dan Lorraine Warren Didedahkan

Karim Khan

Ryan Coogler Kembali Ke Wakanda, David Jonsson Dipilih Sebagai Black Panther Baharu

Karim Khan

The End Of Oak Street Dijangka Kutip AS$23 Juta Pada Minggu Pembukaan

Karim Khan

Remake Cliffhanger Lakonan Lily James Dan Pierce Brosnan Akan Tayang Februari 2027

Karim Khan

Leave a Comment