Kakimuvee
AsianHorror

Siccin 9: Filem Seram Turki Kembali Dengan Kisah Sumpahan Keturunan Yang Menggerunkan

Gambar Siccin 9

Francais filem seram Turki yang terkenal, Siccin, kembali menghantui pawagam menerusi Siccin 9, filem kesembilan dalam siri popular arahan Alper Mestçi.

Selepas lebih sedekad menjadi antara jenama seram paling berjaya di Turki, siri ini sekali lagi mempertaruhkan kisah mistik berinspirasikan ilmu hitam, sihir dan kepercayaan tradisional yang menjadi identiti utamanya.

Di Malaysia, Siccin 9 dijadualkan menemui penonton bermula 6 Ogos 2026 dan diedarkan oleh Antenna Entertainments.

Sinopsis

Siccin 9 mengisahkan seorang ibu yang menggunakan mantera purba dan terlarang demi melindungi anaknya. Namun, tindakannya itu tanpa disedari membangkitkan satu sumpahan yang kekal menghantui sebuah keturunan selama bertahun-tahun.

Rahsia pembunuhan yang disembunyikan akhirnya kembali menghantui apabila satu kematian misteri membongkar “Mühr-ü Ensâb”, iaitu sumpahan berkaitan salasilah keluarga yang telah lama tersembunyi.

Segalanya bermula apabila Cemal, seorang lelaki yang tidak pernah mengenali bapanya, Rıza, pulang ke rumah keluarga buat pertama kali.

Kehadirannya bukan sahaja membongkar sejarah hitam keluarganya, malah turut menghidupkan semula sumpahan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Francais Seram Paling Berjaya Dari Turki

Dilancarkan pada tahun 2014, francais Siccin diarahkan dan ditulis oleh Alper Mestçi, yang juga dikenali menerusi filem-filem seram seperti Musallat dan Üç Harfliler.

Apa yang membezakan Siccin daripada kebanyakan filem seram lain ialah penggunaan unsur kepercayaan masyarakat Turki dan Islam seperti sihir, jin, ilmu hitam, ayat-ayat ruqyah serta ritual mistik, sekali gus menjadikannya mempunyai identiti tersendiri dalam genre seram.

Setiap filem membawa jalan cerita berbeza, namun masih berkongsi tema mengenai sumpahan, dosa silam dan gangguan makhluk ghaib.

Menurut Box Office Türkiye, kesemua lapan filem terdahulu berjaya menarik lebih 3.5 juta penonton di pawagam Turki, sekali gus menjadikan Siccin antara francais seram tempatan paling berjaya di negara itu.

Siccin 9 mula ditayangkan di Turki pada 15 Mei 2026 dan menerima sambutan memberangsangkan di pawagam.

Dalam tempoh kira-kira 11 minggu tayangan, filem ini berjaya mengumpulkan lebih 331,000 penonton dengan kutipan melebihi ₺77.5 juta di Turki. Pada hujung minggu pembukaan sahaja, filem ini meraih hampir 67,000 penonton dan kutipan sekitar ₺17.1 juta.

Walaupun kutipannya sedikit lebih rendah berbanding Siccin 8 yang mencatat lebih 527,000 penonton, ia tetap membuktikan jenama Siccin masih mempunyai kelompok peminat setia di negara asalnya.

Siccin 9 dibintangi oleh Burcu Almeman, Özenç Eren Yelçi, Nusret Şenay dan ramai lagi.

Filem ini diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Alper Mestçi, yang terus menjadi individu penting di sebalik kejayaan francais Siccin sejak filem pertama.

Dengan gabungan elemen sihir, sumpahan keturunan dan gangguan makhluk ghaib yang menjadi identiti siri ini, Siccin 9 dijangka menjadi pilihan peminat filem seram Turki yang mahukan pengalaman ngeri berbeza daripada filem seram Hollywood mahupun Asia Timur.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Jennifer’s Body 2 Dilapor Bakal Mulakan Penggambaran Oktober Ini

Karim Khan

Filem Sci-Fi Epik ‘HOPE’ Arahan Na Hong-jin Ke Pawagam Malaysia 10 September Ini

Farah

Drama Baharu Kong Hyo Jin, A Bona Fide Killer Raih Rating Pembukaan 7.4%

Farah

Resident Evil: TV Spot Baharu Berikan Pandangan Pertama Anjing Zombie

Karim Khan

Other Mommy: Jessica Chastain Tampil Menyeramkan Dalam Trailer Baharu

Karim Khan

World War Z 2 Akan Dihasilkan, Brad Pitt Kembali, Edward Berger Jadi Pengarah

Farah

Leave a Comment