Kakimuvee
Horror

Nicolas Cage Lawan Geng Kanibal Dalam Filem Aksi-Horor Pasca-Apokalips Parish

Nic Cage

Nicolas Cage bakal membintangi filem aksi-horror Parish, sebuah yang berlatar dunia pasca-apokalips selepas bencana nuklear. Filem ini akan menampilkan Cage sebagai seorang survivor yang terpaksa mempertahankan tempat perlindungannya daripada sekumpulan kanibal ganas.

Menurut laporan Deadline, Parish mengambil latar masa 30 tahun selepas berlakunya kiamat nuklear. Cage memegang watak sebagai Parish, seorang mangsa yang berjaya bertahan hidup selama tiga dekad dengan bantuan anjing-anjing serangannya yang terlatih.

Sepanjang tempoh tersebut, Parish berpegang kepada satu peraturan yang tidak pernah dilanggarnya: jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam kawasan perlindungannya.

Namun, prinsip tersebut mula goyah apabila seorang wanita yang terdesak muncul di luar tempat perlindungannya sambil membawa seorang bayi.

Parish kemudian berdepan pilihan sukar antara membantu mereka atau terus mengutamakan kelangsungan hidupnya sendiri. Keputusan tersebut akhirnya mendedahkan lokasi perlindungan yang dibinanya selama bertahun-tahun.

Lebih buruk, kawasan tersebut mula menjadi sasaran sekumpulan kanibal ganas yang berkeliaran di kawasan tandus selepas kiamat.

Dengan kubunya dikepung dan masa silamnya kembali menghantuinya, Parish terpaksa berjuang untuk melindungi segala yang masih dimilikinya.

Filem ini diarahkan oleh Adam Sigal, yang sebelum ini mengarahkan Nandor Fodor and the Talking Mongoose. Sementara itu, Joel Shapiro bertindak sebagai penerbit.

Concourse Media kini sedang mengendalikan jualan hak tayangan antarabangsa untuk projek tersebut.

Menurut Matthew Shreder daripada Concourse Media, Parish mempunyai skala dan barisan produksi yang mampu membezakannya daripada filem genre lain, selain menyifatkannya sebagai sebuah thriller kelangsungan hidup yang dibangunkan untuk penonton global.

Joel Shapiro pula menyifatkan dunia Parish sebagai ganas, sinematik dan penuh aksi, namun menegaskan bahawa elemen kemanusiaan di sebalik kisah tersebut turut menjadi antara perkara yang menarik perhatian pasukan produksi.

Artikel Berkaitan:  Trailer Fall 2: Deadpoint Tampilkan Cabaran Lebih Ekstrem Pada Ketinggian 5,000 Kaki

Dengan Nicolas Cage sebagai watak utama, Parish menjanjikan gabungan aksi, seram dan elemen pasca-apokalips dalam sebuah kisah tentang kelangsungan hidup, pengorbanan dan ancaman daripada manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk terus hidup.

Setakat ini, tarikh tayangan Parish masih belum diumumkan.

Sumber: Bloody Disgusting, Deadline

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Bruce Campbell Mahu Filem Evil Dead Kembali Dengan Lebih Banyak Humor Dan Berwarna

Karim Khan

Durasi Tayangan Filem Reboot ‘Resident Evil’ Telah Didedahkan

Karim Khan

5 Siri Seram Mike Flanagan Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Karim Khan

Tikus! Tawar Misteri Pembunuhan Dalam Program Healing Di Sebuah Resort

Karim Khan

Netflix Umum Siri Baharu Parasite: TAMIYA, Bakal Tayang Pada 2027

Karim Khan

Rupa-Rupanya Kabin Dalam The Evil Dead Benar-Benar Wujud, Kisahnya Lebih Seram Daripada Filem

Karim Khan

Leave a Comment