Kakimuvee
Asian

Kung Fu Soccer Kuasai Box Office Musim Panas China Dengan Kutipan RM1.6 Bilion

Kung Fu Soccer

Filem Kung Fu Soccer arahan Stephen Chow muncul sebagai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang musim panas 2026 di China, selepas meraih RMB2.315 bilion (sekitar AS$344.4 juta atau RM1.46 bilion).

Menurut laporan Variety yang memetik data Maoyan Research Institute, keseluruhan kutipan box office musim panas China bagi tempoh 1 Jun hingga 31 Ogos 2026 mencecah RMB12.498 bilion (sekitar AS$1.86 bilion atau RM7.9 bilion).

Jumlah tersebut meningkat 4.45% berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus mencatatkan pertumbuhan untuk tahun kedua berturut-turut. Jumlah kemasukan penonton ke pawagam pula meningkat 5.86% kepada 340 juta penonton.

Penurunan harga tiket purata untuk tahun kedua berturut-turut turut dilihat sebagai antara faktor yang membantu menarik lebih ramai penonton ke pawagam.

Dari segi filem, Once Upon a Time in the Middle East lakonan Shen Teng menduduki tempat kedua dengan kutipan AS$290.2 juta, manakala filem animasi tempatan All Wishes Come True! berada di tempat ketiga dengan AS$274.6 juta.

Spider-Man: Brand New Day pula menduduki tempat keempat dengan AS$228.9 juta, diikuti The Odyssey arahan Christopher Nolan di tempat kelima dengan AS$89.7 juta.

Secara keseluruhan, empat filem berjaya melepasi kutipan RMB1 bilion sepanjang musim panas tersebut.

Menariknya, kesemua 10 filem dengan kutipan tertinggi musim panas 2026 mempunyai kaitan dengan IP sedia ada, menunjukkan pengaruh francais dan jenama yang sudah dikenali dalam menarik penonton ke pawagam.

Bagaimanapun, beberapa filem bergenre seram seperti Obsession dan Backrooms turut menunjukkan potensi IP baharu, khususnya dalam kalangan penonton muda.

Menurut penganalisis Maoyan Entertainment, Lai Li, momentum pasaran meningkat dengan ketara pada separuh kedua musim panas, dengan kepelbagaian genre membantu menarik penonton kembali ke pawagam.

Sumber: Variety

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Cha Tae Hyun Dan Uhm Ji Won Bergandingan Dalam Filem Netflix ‘Two Cops and Five Kids’

Karim Khan

Delusion: Thriller Misteri Thailand Bakal Tayang Di Netflix

Farah

Take Charge of My Heart Bakal Tayang Di Netflix Oktober 2026

Karim Khan

Priyanka Chopra Tampil Sebagai Mandakini Dalam Pandang Pertama Filem Varanasi

Farah

Treler ‘Godzilla Minus Zero’ Dilancarkan, Godzilla Kembali Mengganas dan New York Jadi Sasaran Baharu

Karim Khan

Poster Watak Hope Dedahkan Petunjuk Misteri Makhluk Aneh

Farah

Leave a Comment