Kakimuvee
Anime

Peminat Anime Ditahan Selepas Membatalkan Barangan Anime ‘Naruto’ Dan ‘One Piece’ Bernilai RM120 Juta

Peminat Anime ditahan selepas Buat 2,000 Tempahan Palsu barangan Naruto dan One Piece

Seorang wanita di Tokyo, Jepun, ditahan pihak polis selepas didakwa mengganggu operasi syarikat penerbitan manga terkenal, Shueisha, dengan membuat ribuan tempahan palsu barangan anime sebelum membatalkannya.

Menurut laporan media Jepun, Nippon TV News 24, wanita berusia 32 tahun yang bekerja di sebuah restoran itu didakwa menghalang urusan perniagaan Jump Characters Store, iaitu kedai dalam talian rasmi milik Shueisha yang menjual pelbagai barangan daripada siri popular seperti Naruto, One Piece, Demon Slayer, Bleach dan My Hero Academia.

Siasatan mendapati suspek menggunakan 238 akaun palsu untuk membuat lebih 2,000 tempahan antara tahun 2024 hingga 2025. Nilai keseluruhan tempahan tersebut mencecah lebih 4.3 bilion yen (kira-kira RM120 juta).

Bagaimanapun, selepas barangan dihantar, wanita itu didakwa membatalkan tempahan atau sengaja membiarkan bungkusan tersebut tidak dituntut tanpa membuat sebarang pembayaran.

Laporan Sankei Shimbun menjelaskan bahawa kebanyakan tempahan dibuat menggunakan kaedah bayaran tunai semasa penghantaran (Cash on Delivery atau COD), yang masih menjadi pilihan popular bagi pembelian dalam talian di Jepun. Melalui kaedah ini, pelanggan hanya perlu membuat pembayaran apabila bungkusan tiba di depan pintu rumah.

Tindakan tersebut menyebabkan Shueisha menanggung kerugian dianggarkan sekitar 7.5 juta yen (kira-kira RM210,000), termasuk kos penghantaran dan pengendalian tempahan.

Menurut pihak polis, wanita itu mengaku melakukan perbuatan tersebut. Ketika disoal siasat, dia dilaporkan berkata bahawa dia “sangat meminati anime” dan berasa puas hanya dengan membuat tempahan berkenaan.

Dia turut mendakwa bahawa aktiviti membeli-belah anime secara besar-besaran itu menjadi cara untuk melepaskan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Kes tersebut kini mendapat perhatian ramai di Jepun kerana melibatkan jumlah tempahan yang luar biasa besar, sekali gus memberi kesan kepada operasi perniagaan syarikat penerbitan manga terkenal itu.

Sumber: IGN

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Papa Zola The Movie Umum Barisan Pelakon Suara Korea Selatan

Karim Khan

Era HiAnime Berakhir, Tujuh Dalang Laman Penstriman Anime Haram Diberkas

Karim Khan

Naruto: Charles Melton Dalam Rundingan Bawa Watak Kakashi

Karim Khan

Solo Leveling: Beyond the System Diumumkan, Sambung Kisah Sung Jinwoo

Karim Khan

Tonton Trailer Terbaru Eiga Doraemon: Nobita no Joki Jikansha

Karim Khan

Pokémon: Wild Card Bakal Tayang 2027, Teaser Perkenal Pemain TCG Dan Mimikyu

Karim Khan

Leave a Comment