Kakimuvee
AnimeBerita

Naruto: Charles Melton Dalam Rundingan Bawa Watak Kakashi

Charles Melton sebagao Kakashi dalam filem live-action Naruto

Filem live-action Naruto terbitan Lionsgate semakin menunjukkan perkembangan apabila pelakon Charles Melton dilaporkan sedang dalam rundingan akhir untuk membawa watak popular, Kakashi Hatake.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Melton dijangka memegang watak Kakashi, seorang ninja elit yang menjadi mentor kepada Naruto Uzumaki dan rakan-rakannya. Bagaimanapun, Lionsgate masih belum memberikan sebarang komen rasmi mengenai laporan tersebut.

Filem ini bakal diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, pengarah Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dan juga filem yang baru ditayangkan, Spider-Man: Brand New Day. Cretton turut bertindak sebagai penerbit bersama Jeyun Munford menerusi syarikat Hisako.

Charles Melton Sesuai Sebagai Kakashi?

Melton mula dikenali menerusi siri Riverdale sebelum mengembangkan kerjayanya ke filem yang lebih berprestij seperti May December, lakonan bersama Julianne Moore dan Natalie Portman. Beliau turut muncul dalam Warfare arahan Alex Garland.

Menariknya, Melton sememangnya mempunyai latar belakang dalam anime, manga dan seni mempertahankan diri. Pelakon itu merupakan pemegang tali pinggang hitam tahap kedua dalam taekwondo dan pernah menyertai Junior Olympics di Seoul, Korea Selatan.

Latar belakang tersebut sememangnya menjadi kelebihan sekiranya Melton benar-benar dipilih sebagai Kakashi, memandangkan watak itu memerlukan gabungan kemahiran aksi, karisma dan sisi santai yang menjadi identiti ninja tersebut.

Siapa Bakal Jadi Naruto?

Walaupun nama Melton dikaitkan dengan watak Kakashi, pencarian pelakon untuk memainkan watak Naruto Uzumaki masih sedang dijalankan.

Filem ini akan mengadaptasi manga popular karya Masashi Kishimoto yang pertama kali disiarkan menerusi Weekly Shonen Jump pada 1999 dan tamat pada 2014.

Selain manga, francais Naruto turut berkembang menjadi dua siri anime utama yang mempunyai peminat besar di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:  Peminat Anime Ditahan Selepas Membatalkan Barangan Anime 'Naruto' Dan 'One Piece' Bernilai RM120 Juta

Penggambaran Dijangka Bermula Pada 2027

Menurut laporan tersebut, produksi filem live-action Naruto kini menyasarkan untuk memulakan penggambaran sekitar Februari 2027.

Avi Arad, Ari Arad dan Emmy Yu akan menerbitkan filem ini menerusi Arad Productions bersama Jeremy Latcham. Cretton dan Munford pula menerbitkan projek tersebut melalui Hisako.

Buat masa ini, belum ada tarikh tayangan rasmi untuk filem live-action Naruto. Namun, perkembangan terbaharu mengenai pemilihan pelakon menunjukkan projek yang telah lama dinantikan peminat manga dan anime itu akhirnya semakin menghampiri fasa produksi.

Jika rundingan Melton berjaya dimuktamadkan, pelakon berusia 35 tahun itu bakal menjadi salah satu wajah utama dalam usaha Lionsgate membawa dunia Naruto ke layar perak secara live-action.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Filem Crossover Transformers & G.I. Joe Tidak Lagi Dalam Pembangunan

Karim Khan

Mahershala Ali Sahkan Tidak Lagi Bintangi Blade, Dakwa Marvel Tidak Mahu Teruskan Projek

Karim Khan

Godzilla x Kong: Supernova Didakwa Lebih Gelap dan Serius Berdasarkan Reaksi Tayangan Ujian

Karim Khan

Chris Evans Tolak Lebih 10 Tawaran Marvel Sebelum Kembali Dalam Avengers: Doomsday

Karim Khan

Menteri Israel Ancam Tarik Balik Kewarganegaraan Pengarah NAZA

Karim Khan

Pokémon: Wild Card Bakal Tayang 2027, Teaser Perkenal Pemain TCG Dan Mimikyu

Karim Khan

Leave a Comment