Kakimuvee
Berita

Paul Dano Sertai Remake Filem Seram ‘Possession’ Bersama Margaret Qualley

Kredit gambar: JoBlo

Pelakon Paul Dano dilaporkan sah menyertai barisan pelakon remake filem seram psikologi ikonik Possession, sekali gus bergandingan dengan Callum Turner dan Margaret Qualley.

Menurut laporan Deadline, butiran mengenai watak yang akan dibawakan Dano masih dirahsiakan.

Remake tersebut dibangunkan oleh Paramount Pictures dengan Parker Finn, pencipta francais seram Smile, bertindak sebagai penulis, pengarah dan penerbit. Turut menerbitkan filem itu ialah Jonathan Fass, Roy Lee, Andrew Childs, manakala Robert Pattinson turut disenaraikan sebagai penerbit.

Filem asal Possession yang diterbitkan pada 1981 diarahkan oleh Andrzej Żuławski dan dibintangi Isabelle Adjani serta Sam Neill. Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang tinggal di Berlin Barat ketika era Perang Dingin, sebelum hubungan mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dibelenggu unsur supernatural.

Filem tersebut kini dianggap sebagai antara karya klasik dalam genre seram arthouse, malah lakonan Isabelle Adjani turut menghadiahkannya trofi Pelakon Wanita Terbaik di Cannes Film Festival.

Sementara itu, Paul Dano baru sahaja muncul menerusi filem The Wizard of the Kremlin bersama Alicia Vikander dan Tom Sturridge. Beliau juga bakal membintangi beberapa projek lain termasuk Bunker, Vegas: A Love Story dan The Chaperones.

SUmber: Deadline

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Remake Possession Tambah Tiga Lagi Pelakon, Penggambaran Kini Sedang Berjalan

Related posts

Paramount Bangunkan Reboot G.I. Joe, Danny McBride Jadi Penulis Skrip

Karim Khan

D23 Asia Bakal Berlangsung Di Singapura Pada Jun 2027

Karim Khan

Trailer ‘The Odyssey’ Terima Jumlah ‘Dislike’ Kedua Tertinggi Sejak Trailer ‘Snow White’

Karim Khan

The Odyssey Raih Lebih AS$1.6 Bilion, Hampir Pecahkan Rekod Universal

Karim Khan

The End Of Oak Street Dijangka Kutip AS$23 Juta Pada Minggu Pembukaan

Karim Khan

Crawl Bakal Kembali Dengan Sekuel, Mason Gooding & Emily Rudd Membintangi Filem Baharu

Karim Khan

Leave a Comment