Kakimuvee
Berita

Peter Dinklage Terajui Filem Aksi Baharu The Reckoner Arahan Kenji Tanigaki

Selepas kejayaan The Furious yang dianggap antara filem aksi terbaik tahun ini, pengarah Kenji Tanigaki kini bersedia mengarahkan sebuah lagi filem aksi original berjudul The Reckoner.

Filem tersebut bakal diterbitkan oleh Lionsgate dengan kerjasama AGBO, syarikat produksi milik Anthony dan Joe Russo. Lebih menarik, The Reckoner akan dibintangi oleh Peter Dinklage, manakala skripnya ditulis oleh Derek Kolstad, penulis yang terkenal menerusi francais John Wick. Buat masa ini, jalan cerita filem itu masih dirahsiakan.

Selain membintangi filem tersebut, Dinklage turut bertindak sebagai penerbit bersama Kolstad. Anthony dan Joe Russo pula akan berperanan sebagai penerbit eksekutif menerusi AGBO.

Menurut Presiden Lionsgate Motion Picture Group, Erin Westerman, pihaknya melihat Kenji Tanigaki sebagai pembikin filem yang mempunyai gaya pengarahan aksi yang unik selepas menyaksikan kejayaan The Furious. Beliau yakin visi pengarah itu mampu menjadikan The Reckoner sebuah filem aksi berskala besar yang mampu menarik perhatian penonton di seluruh dunia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kreatif AGBO, Angela Russo-Otstot, berkata idea asal yang dibawa oleh Derek Kolstad dan Peter Dinklage menawarkan sebuah dunia baharu yang penuh aksi serta memiliki elemen emosi yang kuat. Selepas melihat hasil kerja Tanigaki dalam The Furious, mereka percaya beliau adalah pilihan paling tepat untuk menghidupkan projek tersebut di layar perak.

The Reckoner turut meneruskan kerjasama antara Lionsgate dan AGBO yang sebelum ini mengumumkan pembangunan filem John Rambo arahan Jalmari Helander dengan Noah Centineo sebagai pelakon utama. Selain itu, AGBO turut mempunyai beberapa projek besar lain dalam perancangan termasuk The Whisper Man terbitan Netflix, Avengers: Doomsday serta Extraction 3.

Untuk rekod, The Furious mengisahkan Wang Wei lakonan Xie Miao yang berusaha menyelamatkan anak perempuannya selepas diculik oleh sindiket jenayah. Dia berganding dengan seorang wartawan bernama Navin lakonan Joe Taslim, yang turut mencari isterinya yang hilang secara misteri. Filem tersebut berjaya meraih kutipan lebih AS$31 juta di seluruh dunia.

Setakat ini, Lionsgate masih belum mengumumkan tarikh tayangan rasmi untuk The Reckoner.

Sumber: The Hollywood Reporter

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Penulis Sahkan Ready Player Two Masih Diteruskan

Karim Khan

Primetime: Robert Pattinson Berubah Wajah Jadi Chris Hansen, Poster Baharu Dedah Tarikh Tayangan

Karim Khan

Jack Lowden Dipertimbangkan Sebagai James Bond Yang Baharu?

Karim Khan

Peter Cullen, Suara Optimus Prime, Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun

Karim Khan

Prestasi Supergirl Terus Merosot, Warner Bros. Dijangka Rugi Lebih AS$100 Juta

Karim Khan

Disney Dilapor Mahu Macaulay Culkin Kembali Dalam Home Alone

Karim Khan

Leave a Comment