Kakimuvee
HBO MaxOfficial TrailerStreaming

Trailer Baharu Harry Potter Dedahkan Snape, Quidditch Dan Voldemort?

Harry Potter Series

HBO terus menghangatkan penantian peminat Harry Potter dengan melancarkan trailer baharu untuk siri Harry Potter and the Philosopher’s Stone.

Sebagai musim pertama siri adaptasi tersebut, trailer kali ini memberikan gambaran lebih luas mengenai kehidupan Harry Potter di Hogwarts, termasuk beberapa momen ikonik yang sudah dikenali peminat menerusi novel dan filem asal.

Antara babak yang paling menarik perhatian ialah saat Harry (Dominic McLaughlin) memakai Sorting Hat sebelum dipilih menyertai Gryffindor. Trailer itu turut menunjukkan bagaimana persahabatan Harry, Ron Weasley (Alastair Stout) dan Hermione Granger (Arabella Stanton) mula terbentuk.

Peminat juga dapat melihat Hogwarts dari sudut yang lebih luas menerusi babak permainan Quidditch, keluarga Weasley serta Ron menerima surat penerimaannya ke sekolah sihir tersebut.

Dalam pada itu, Paapa Essiedu tampil sebagai Severus Snape dan kelihatan tidak begitu teruja dengan kehadiran Harry di kelasnya. Beberapa elemen penting daripada kisah pertama turut diperlihatkan, termasuk Jubah Halimunan, Mirror of Erised dan kemunculan Troll di dalam tandas.

John Lithgow sebagai Albus Dumbledore, Janet McTeer sebagai Minerva McGonagall dan Nick Frost sebagai Rubeus Hagrid turut mendapat perhatian menerusi beberapa babak dalam trailer.

Lebih menarik, trailer berkenaan menyelitkan beberapa rakaman ringkas yang dipercayai memperlihatkan Lily dan James Potter. Terdapat juga satu babak yang mungkin menjadi pandangan pertama peminat terhadap Lord Voldemort, walaupun HBO masih belum mendedahkan identitinya dengan jelas.

Siri Harry Potter Tayang Krismas 2026

Harry Potter and the Philosopher’s Stone akan menjadi musim pertama siri baharu HBO yang dirancang untuk mengadaptasi kisah Harry Potter berdasarkan novel asal karya J.K. Rowling.

Artikel Berkaitan:  Zack Snyder Lancar Trailer The Last Photograph, Bakal Tayang Di TIFF

Selain tiga pelakon utama, barisan pelakon siri ini turut menampilkan Rory Wilmot sebagai Neville Longbottom, Lox Pratt sebagai Draco Malfoy, Warwick Davis sebagai Filius Flitwick serta Katherine Parkinson sebagai Molly Weasley.

Siri ini akan mengandungi lapan episod untuk musim pertamanya dan dijadualkan membuat kemunculan menerusi HBO serta HBO Max pada Krismas 2026.

Dengan trailer terbaharu ini, peminat akhirnya mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai pendekatan HBO terhadap dunia Harry Potter, termasuk beberapa babak yang sebelum ini hanya dapat disaksikan dalam filem-filem terdahulu.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Tonton Trailer Berdarah & Misteri “Her Private Hell” Lakonan Sophie Thatcher

Karim Khan

VisionQuest: Paul Bettany Dan James Spader Kembali Dalam Siri Terbaru Marvel

Karim Khan

Disney+ Umum Kepulangan Siri Drama Popular “Paradise” Musim Kedua Pada 23 Februari

Karim Khan

Robert Pattinson Bawa Watak Chris Hansen Dalam Filem Biografi Jenayah Primetime

Karim Khan

Extraction 3 Rasmi Mulakan Penggambaran, Chris Hemsworth Kembali Sebagai Tyler Rake

Karim Khan

Trailer Rasmi ‘Kung Fu Soccer’ Telah Dilancarkan, Akan Tayang Di Malaysia Pada 13 Ogos Ini

Karim Khan

Leave a Comment