Kakimuvee
AsianOfficial Trailer

Trailer Rasmi ‘Kung Fu Soccer’ Telah Dilancarkan, Akan Tayang Di Malaysia Pada 13 Ogos Ini

Encore Films Malaysia telah melancarkan trailer rasmi Kung Fu Soccer, filem terbaharu arahan Stephen Chow yang menjadi antara naskhah Asia paling dinantikan tahun ini.

Trailer berdurasi sekitar dua minit itu mempamerkan gabungan aksi seni mempertahankan diri yang luar biasa, perlawanan bola sepak yang penuh tenaga serta komedi unik yang sinonim dengan karya Stephen Chow.

Ia turut mengimbau nostalgia peminat terhadap filem klasik Shaolin Soccer (2001), namun kali ini mengetengahkan sebuah pasukan bola sepak wanita sebagai fokus utama cerita.

Filem ini dibintangi oleh Zhang Xiaofei, Dilraba Dilmurat dan Zhang Yixing, selain penampilan khas pelakon Hong Kong, Carina Lau serta bintang Jepun, Takeru Satoh. Stephen Chow turut bertindak sebagai penulis dan pengarah filem tersebut.

Menurut sinopsis rasmi, kisah ini mengikuti pasukan bola sepak wanita Emei yang menyertai kejohanan Liga Juara-Juara Wanita Asia walaupun tidak diberikan harapan tinggi.

Kapten pasukan, Shuangshuang, memperoleh bantuan daripada Xu Feng, seorang pengamal kung fu yang membantu meningkatkan prestasi pasukan. Namun, hubungan mereka akhirnya bertukar menjadi konflik sehingga mencetuskan persaingan sengit yang bakal menentukan nasib pasukan itu.

Kung Fu Soccer dijadualkan menemui penonton di pawagam tempatan bermula 13 Ogos ini.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Teaser Takluk 2: Op Daulat Paparkan Operasi Memburu Militan GMN

Karim Khan

Trailer The Hunger Games: Sunrise On The Reaping Memperlihatkan Aksi 50th Hunger Games

Karim Khan

Other Mommy: Jessica Chastain Tampil Menyeramkan Dalam Trailer Baharu

Karim Khan

Surviving Hurricane Otis, Kisah Benar Bencana Acapulco Tayang Di Netflix 23 Oktober Ini

Karim Khan

Drama Baharu Kong Hyo Jin, A Bona Fide Killer Raih Rating Pembukaan 7.4%

Farah

Treler Pertama ‘Nightborn’ Tampil Seram, Rupert Grint Berdepan Bayi Peminum Darah

Karim Khan

Leave a Comment