Kakimuvee
BeritaNetflixStreaming

Extraction 3 Rasmi Mulakan Penggambaran, Chris Hemsworth Kembali Sebagai Tyler Rake

Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila Netflix mengesahkan bahawa penggambaran Extraction 3 kini sedang berlangsung secara rasmi di Australia. Filem ketiga francais aksi popular itu kembali menampilkan Chris Hemsworth sebagai Tyler Rake, bekas tentera upahan yang terkenal dengan misi-misi berbahaya dan penuh aksi.

Projek ini sebelum ini diumumkan ketika acara TUDUM 2023, namun mengalami kelewatan disebabkan jadual padat Hemsworth yang terlibat dengan penggambaran Avengers: Doomsday serta beberapa projek lain.

Barisan pelakon utama kembali

Selain Chris Hemsworth, dua lagi wajah penting dalam francais ini turut disahkan kembali.

Golshifteh Farahani akan sekali lagi membawakan watak Nik Khan, rakan seperjuangan dan orang kepercayaan Tyler Rake. Idris Elba pula kembali sebagai Alcott, watak misteri yang muncul pada penghujung Extraction 2 dan menjadi pencetus kepada misi baharu dalam sekuel ini.

Sam Hargrave kembali mengarah

Sam Hargrave, yang mengarahkan dua filem terdahulu, sekali lagi diberi tanggungjawab mengemudi Extraction 3. Namun, terdapat perubahan di bahagian penulisan skrip apabila David Weil (Citadel, Hunters) mengambil alih tugas daripada Joe Russo.

Walaupun begitu, Anthony Russo dan Joe Russo masih kekal sebagai penerbit menerusi syarikat AGBO, bersama Chris Hemsworth melalui syarikat produksinya, Wild State.

Penggambaran di Australia dan Thailand

Menurut laporan terkini, penggambaran sedang dijalankan di Sydney, kawasan South Coast di New South Wales serta Thailand, dan dijangka selesai sekitar Oktober 2026.

Bagi Sam Hargrave, penggambaran di Australia merupakan sesuatu yang istimewa kerana Extraction 2 pada asalnya dirancang untuk menjalani penggambaran di negara itu sebelum pandemik COVID-19 memaksa produksi berpindah ke Prague dan Vienna.

Hargrave turut menyatakan bahawa sasaran pasukannya kali ini adalah untuk menghasilkan bab paling besar dan paling bercita-cita tinggi dalam sejarah francais Extraction, dengan aksi yang lebih ekstrem berbanding dua filem terdahulu.

Extraction 3 cast members

Dunia Extraction terus berkembang

Netflix dilihat tidak mahu sekadar bergantung kepada filem utama apabila mereka turut memperluaskan dunia Extraction menerusi beberapa projek sampingan.

Antaranya ialah siri lapan episod Mercenary yang dibintangi Omar Sy sebagai tentera upahan dalam misi menyelamat tebusan di Libya. Selain itu, filem aksi Korea Selatan Tygo yang dibintangi Don Lee juga telah selesai menjalani penggambaran dan dijangka menemui penonton lebih awal daripada Extraction 3.

Langkah ini menunjukkan Netflix dan AGBO mempunyai perancangan jangka panjang untuk menjadikan Extraction sebagai sebuah francais aksi berskala besar.

Bilakah Extraction 3 akan ditayangkan?

Buat masa ini, Netflix masih belum mengumumkan tarikh tayangan rasmi.

Namun, berdasarkan jadual penggambaran yang dijangka tamat pada Oktober 2026 serta tempoh pasca-produksi yang hampir sama seperti Extraction 2, filem ini berkemungkinan besar akan ditayangkan sekitar suku ketiga atau penghujung tahun 2027.

Dengan barisan pelakon utama kembali, lokasi penggambaran yang lebih besar dan janji aksi yang lebih mengagumkan, Extraction 3 dilihat berpotensi menjadi filem paling epik dalam francais ini apabila ia menemui penonton kelak.

Sumber: What’s on Netflix

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Spider-Man: Brand New Day Dijangka Raih Kutipan Pembukaan Global AS$465 Juta

Karim Khan

4 Filem Blockbuster Paling Rugi Tahun 2026 Setakat Ini

Farah

Jo Jung Suk, Park Hae Soo Dan Claudia Kim Terajui Drama Netflix, Paperman

Farah

Beth Greene Kembali Dalam Universe The Walking Dead

Karim Khan

Godzilla x Kong: Supernova Didakwa Lebih Gelap dan Serius Berdasarkan Reaksi Tayangan Ujian

Karim Khan

National Treasure 3 Bakal Jadi Kenyataan, Skrip Sudah Siap

Karim Khan

Leave a Comment