Kakimuvee
HorrorSuperhero / Live-Action / Comic

Clayface Diberi Rating R Kerana Keganasan Berdarah dan Gore

Gambar filem Clayface

Kalau sebelum ini ada yang tertanya-tanya sejauh mana elemen seram akan dipaparkan dalam Clayface, jawapannya mungkin sudah mula jelas. Filem terbaharu DC Studios itu secara rasmi menerima rating R.

Menurut klasifikasi yang diberikan, Clayface menerima rating R kerana “strong bloody violence, gore, language, some nudity and brief drug use”.

Rating tersebut selari dengan identiti filem yang sejak awal lagi digambarkan sebagai sebuah filem yang menampilkan body horror, berbeza daripada kebanyakan filem adiwira DC yang lain.

Malah, Clayface sebelum ini disifatkan sebagai projek pertama DC Studios yang benar-benar meneroka genre tersebut.

Filem ini mengisahkan Matt Hagen, seorang anak jalanan Gotham yang berjaya mengubah hidupnya sehingga menjadi bintang Hollywood. Namun, impiannya musnah selepas satu kejadian melibatkan ketua jenayah tempatan menyebabkan wajahnya mengalami kecacatan teruk.

Dalam keadaan kehilangan segala-galanya, Matt mendapatkan rawatan eksperimental yang mampu mengembalikan penampilannya seperti sedia kala.

Bagaimanapun, rawatan itu datang bersama kesan yang tidak dijangka apabila keadaan mentalnya mula terganggu dan mendorong Matt ke arah jalan yang penuh kemarahan serta dendam.

Tom Rhys Harries membawakan watak utama sebagai Matt Hagen atau Clayface, dengan Naomi Ackie, David Dencik, Max Minghella dan Eddie Marsan turut membintangi filem ini. Nancy Carroll dan Joshua James melengkapkan barisan pelakon.

Clayface diarahkan oleh James Watkins, pengarah The Woman in Black dan Speak No Evil, berdasarkan skrip yang ditulis oleh Mike Flanagan bersama Hossein Amini.

Dengan kisah mengenai perubahan tubuh, kehilangan identiti dan kemerosotan mental manusia akibat eksperimen saintifik, Clayface sememangnya mempunyai ruang yang luas untuk membawa sisi seram DC ke tahap yang berbeza.

Filem ini dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 22 Oktober 2026.

Poster filem Clayface

Sumber: Bloody Disgusting

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Christopher Nolan akui berminat mengarah filem seram

Karim Khan

Netflix Hasilkan Filem Seram Adaptasi Novel Perancis La Nuit ravagée

Karim Khan

Treler Evil Dead Burn Tampil Lebih Kejam, Akan Tayang Di Malaysia Pada 9 Julai Ini

Karim Khan

Siapa Nathaniel Milbury Dalam X-Men? Kenali Watak Lakonan Adam Driver Ini

Karim Khan

Resident Evil Zach Cregger Guna Monster Praktikal Seberat 900 Kilogram

Karim Khan

Noah Jupe Dilaporkan Sertai Barisan Pelakon Avengers: Secret Wars

Karim Khan

Leave a Comment