Kakimuvee
Horror

Hivemind: Samara Weaving Dan Nicholas Braun Bintangi Filem Thriller Yang Berkisarkan Tebuan Pembunuh

Samara Weaving Hivemind

Samara Weaving dan Nicholas Braun bakal bergandingan dalam filem thriller seram terbaru berjudul Hivemind, yang kini sedang menjalani penggambaran di Dublin, Ireland.

Filem arahan Ciarán Foy itu mengisahkan ancaman spesies baru tebuan pembunuh yang berevolusi dan berpotensi mencetuskan huru-hara di seluruh dunia.

Weaving (Ready or Not dan Over Your Dead Body) akan membintangi filem tersebut bersama Nicholas Braun, pelakon siri Succession dan Dream Scenario.

Amazon MGM Studios turut menyertai projek berkenaan dan merancang untuk menayangkan Hivemind di perkhidmatan penstriman Prime Video di peringkat antarabangsa.

Hivemind digambarkan sebagai sebuah “environmental thriller” yang memfokuskan kepada evolusi spesies tebuan pembunuh baharu.

Dalam filem ini, pihak berkuasa sebuah bandar kecil terpaksa bekerjasama untuk menghalang ancaman tersebut daripada merebak dan mencetuskan wabak maut di seluruh dunia.

Skrip filem ini ditulis oleh Peter Gaffney.

Ciarán Foy pula bertindak sebagai pengarah. Pembikin filem dari Ireland itu sebelum ini mengarahkan filem seram Eli dan Sinister 2, selain terlibat dalam filem Citadel.

Bagi Samara Weaving, Hivemind meneruskan penglibatannya dalam genre seram selepas membintangi beberapa projek popular termasuk Ready or Not, Mayhem dan Scream VI.

Filem ini diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee dan Diarmaid McGrath untuk Thunder Road, bersama Scott Strauss untuk Badlands, selain Macdara Kelleher, John Keville, Adam Rodin dan Peter Gaffney.

Badlands sendiri merupakan label genre seram baru hasil kerjasama Thunder Road, studio di sebalik francais John Wick, bersama Scott Strauss. Label tersebut kini sedang membangunkan beberapa projek seram, termasuk filem seram labah-labah Crawlers.

Dengan penggambaran Hivemind yang kini sedang berlangsung di Dublin, beberapa pengumuman mengenai barisan pelakon tambahan dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:  Scary Movie: Extended Cut Hadir Secara Digital Minggu Depan, Tampil Dengan Babak Tambahan Dan Adegan Alternatif

Buat masa ini, Amazon MGM Studios masih belum mengumumkan tarikh tayangan rasmi Hivemind di Prime Video.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Trailer Pertama Clayface Ubah Penjahat Batman Menjadi Kisah Body Horror

Farah

Touch Grass: Filem Seram Psikologi Berasaskan Teori ‘Dead Internet’ Bakal Dihasilkan

Karim Khan

Filem Polong Akan Kembali Ke Pawagam Dengan Versi Director Cut Yang Lebih Mengerikan

Karim Khan

Tonton Trailer Berdarah & Misteri “Her Private Hell” Lakonan Sophie Thatcher

Karim Khan

Andy Muschietti Dedah Musim Kedua ‘It: Welcome to Derry’ Tampilkan Suasana Pekan Derry Paling Gelap

Karim Khan

Filem Baharu Resident Evil Debut Dengan Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Karim Khan

Leave a Comment