Kakimuvee
HBO MaxStreaming

Gara-Gara Dipilih Sebagai Snape, Paapa Essiedu Dedah Pernah Terima Ancaman Bunuh

Pelakon Britain, Paapa Essiedu, tampil memberikan respons terhadap kritikan dan kecaman yang diterimanya susulan pemilihannya sebagai Profesor Severus Snape dalam siri baharu Harry Potter terbitan HBO, termasuk ancaman bunuh yang diterimanya daripada pihak tertentu.

Dalam temu bual bersama Variety, Essiedu berkongsi pengalamannya mengambil alih watak ikonik yang sebelum ini dibawakan oleh mendiang Alan Rickman dalam francais filem asal Harry Potter.

Menurut Essiedu, beliau menyedari bahawa pemilihannya sebagai Snape akan mengundang pelbagai reaksi, namun perkara tersebut tidak menghalangnya daripada memberikan sepenuh komitmen terhadap watak berkenaan.

“Seluruh pasukan produksi memberikan sokongan yang sangat baik kepada saya. Sudah tentu, keutamaan saya adalah terhadap kerja yang dilakukan. Saya tidak akan menerima tawaran ini jika tidak bersedia menghadapinya.

“Saya memahami bahawa apa yang kami lakukan akan menerima pelbagai reaksi, dan saya menerima tanggungjawab ini dengan hati terbuka. Saya juga benar-benar terharu dengan begitu banyak sokongan, ucapan yang baik dan keterujaan yang ditunjukkan,” katanya.

Selain mengulas mengenai kontroversi pemilihannya, Essiedu turut berkongsi pendekatannya dalam membawakan watak Snape, khususnya dari segi penampilan yang berbeza berbanding versi lakonan Alan Rickman.

Dalam siri baharu ini, Snape akan tampil dengan rambut dreadlock separas bahu, jaket kulit berzip serta jubah hitam bersaiz besar.

Menurut Essiedu, penampilan luaran memainkan peranan penting dalam menggambarkan personaliti seseorang watak, termasuk bagaimana watak tersebut mahu dirinya dilihat oleh orang lain.

“Saya rasa aspek penampilan itu penting. Saya tidak semestinya menjadikan gaya sebagai keutamaan ketika membentuk sesuatu watak, tetapi saya percaya penampilannya banyak menceritakan tentang siapa dirinya dan bagaimana dia mahu orang lain melihatnya,” jelas Essiedu.

Beliau turut menjelaskan bahawa setiap aspek penampilan Snape telah dirancang dengan teliti melalui kerjasama bersama pasukan rekaan kostum produksi.

Siri Harry Potter terbitan HBO akan mengadaptasi semula kisah daripada novel karya J.K. Rowling, dengan musim pertamanya berdasarkan buku Harry Potter and the Philosopher's Stone.

HBO juga telah memperbaharui siri tersebut untuk musim kedua yang akan mengadaptasi novel Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Musim pertama Harry Potter dijadualkan ditayangkan di HBO dan HBO Max pada 25 Disember 2026.

Sumber: Variety / ComingSoon

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Anggun Jadi Villain Utama Reacher Musim Ke-4, Lihat Gambar Pertama Di Sini

Karim Khan

Senarai Kandungan Baharu Disney+ Julai 2026: ‘X-Men ’97’ Musim 2, ‘A Shop for Killers’ 2 & Banyak Lagi

Karim Khan

Prime Video Lancar Trailer Rasmi Reacher Musim Keempat, Umum Musim Kelima Dan Siri Spin-Off Neagley

Karim Khan

Teaser Star Wars: Ahsoka Musim 2 Telah Dilancarkan, Tayangan Januari 2027

Karim Khan

The Witcher Musim 5 Ditunda, Musim Akhir Kini Dilaporkan Akan Tayang Pada 2027

Karim Khan

Trailer Rasmi The Rings of Power Musim Ketiga Dedah Penciptaan The One Ring, Sauron Semakin Hampir Menguasai Middle-earth

Farah

Leave a Comment