Kakimuvee
Berita Lokal

Gambar Pertama HAK: Tuntut Atau Tunduk Dedah Kehidupan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana

Syafiq Kyle dalam HAK: Tuntut atau Tunduk

Astro Shaw mendedahkan gambar pertama filem akan datang, HAK: Tuntut Atau Tunduk, yang menampilkan Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebagai pasangan suami isteri, Hakim dan Ayu dan juga Beto Kusyairy.

Pendedahan tersebut memberikan gambaran awal tentang kehidupan Hakim bersama isterinya yang sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka. Ia turut memperlihatkan sisi peribadi watak utama sebelum kehidupannya berubah akibat satu penemuan yang membawanya ke dalam situasi berbahaya.

Dalam filem ini, Hakim bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah pasar awam. Terdesak mendapatkan wang untuk keluarganya menjelang kelahiran anak sulung, dia mengambil kesempatan terhadap komuniti di sekelilingnya.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Hakim menemui sebuah beg berisi wang. Penemuan tersebut menyebabkan dia diburu oleh pihak yang sanggup mengancam keselamatan dirinya dan keluarga demi mendapatkan semula wang berkenaan.

Penampilan awal Hakim dan Ayu sebelum ini turut diperkenalkan menerusi sebuah filem pendek sempena sambutan Hari Kebangsaan. Babak tersebut berakhir dengan panggilan misteri yang diterima Hakim, sekali gus memberi petunjuk bahawa ketenangan keluarganya tidak akan bertahan lama.

HAK: Tuntut Atau Tunduk diarahkan oleh Ezrie Gazali, manakala skripnya ditulis oleh Alfie Palermo berdasarkan idea asal Santharuban Thurai Sundaram. Penggambaran dijalankan di sekitar pasar awam dan kawasan pangsapuri di Lembah Klang bagi membawa latar yang dekat dengan kehidupan masyarakat tempatan.

Selain Syafiq Kyle dan Mimi Lana, filem ini turut dibintangi Beto Kusyairy, Kodi Rasheed, Fadhli Masoot, Aziz M. Osman, Radhi Khalid, Rubini Sambanthan, El Umar Mokhtar dan Fizz Fairuz. Ia juga menjadi gandingan pertama Syafiq dan Beto di layar perak.

Tarikh tayangan rasmi HAK: Tuntut Atau Tunduk masih belum diumumkan.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

‘Khadam’ Raih RM4 Juta, Kukuh Sebagai Filem Tempatan No.1 Di Malaysia

Karim Khan

GSC Lancar Trailer Rasmi Chelot Yang Penuh Aksi

Karim Khan

10 Filem Tempatan Dengan Kutipan Tertinggi Separuh Tahun 2026 Setakat Ini

Karim Khan

Loghat Pekat, Kehidupan Orang Kampung dan Realiti Tanpa ‘Filter’: 5 Keunikan Filem BAGA: Esok Untuk Siapa

Karim Khan

GSC Popcorn Run Kembali Dengan Tema Avengers: Doomsday, Berlangsung 6 Disember Ini

Karim Khan

Tempatan Fest 2026 Kembali Ke MAEPS Serdang, Gabungkan Dunia Permotoran, Muzik Dan Gaya Hidup

Karim Khan

Leave a Comment